berita

Datang Dari Sabah Nak Konvo Namun Dilarang Masuk Kerana Pakaian, Tindakan Spontan Lelaki Ini Terima Puji

April 10th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Konvokesyen merupakan hari yang sangat bersejarah buat para graduan kerana hari tersebut menandakan bahawa mereka sudah berjaya menamatkan pelajaran. Majlis istimewa itu kebiasaannya disambut dengan keluarga dan orang tersayang. Betul tak?

Namun, kisah kali ini menyentuh hati kami. Seorang pelajar dari Sabah sanggup terbang ke Kuala Lumpur tanpa keluarga untuk menghadiri majlis konvokesyen, apabila ditanya ini jawapannya..

Mak ayah tak dapat datang

(sekadar gambar hiasan)

#TabungKonvo
Penerbangan dari Sabah telan belanja sehingga RM800. “Saya beli tiket last minit Doktor,”. “Mak ayah tak dapat ikut sebab mahal”.
Saya angguk tanda faham Pelajar ini bergraduasi semalam. Rakannya juga asal Trengganu naik motor sahaja dan menumpang dirumah kawan.

Ketika orang lain bergembira bersuawa foto bersama keluarga dan kenalkan pada bakal mertua. Mereka bersendirian sahaja. Sebelum perarakan istiadat masuk, saya dihampiri petugas konvo.

Hampir 9 jam untuk ke majlis Konvo

(sekadar gambar hiasan)

“Doktor, pelajar ini tidak boleh masuk sebab bajunya lengan pendek. Syarat istiadat baju mestilah berlengan panjang.”
Semua orang mulai panik. Perbarisan pelajar mula berarak keluar menuju kedewan. Pelajar ini buntu, dia ditahan. Dia datang jauh dari Sabah dan tak dibenarkan masuk kedalam dewan utama.

Saya juga jadi buntu waktu itu, dalam saat singkat untuk membantu. Wajahnya mula berubah. Dia sampai dari Sabah malam tadi selepas menaiki bas ke Kota Kinabalu 4 jam perjalanan dari Kuala lumpur ke Seri Iskandar 3 jam lagi dengan bus. Saya bukakan jubah yang saya sarungkan dan berikan jaket yang saya pakai untuk dia gunakan, ia tindakan spontan.

Saya rasa saya tak mampu sambung belajar lagi

Dia terus peluk saya. Bertakung air mata diwajahnya terharu. Urusetia bersorak gembira, saya juga terharu dibuatnya. Saya hanya lakukan spontan agar dia dapat naik bersama rakan graduan lain. Tamat majlis istiadat, saya tahu dia tiada keluarga bersama. Maka saya bersama Prof Madya Dr Sabrizaa dan Dr Othman raikan mereka dengan makanan di McDonalds bersama sama.

Ketika kita ketawa bersama keluarga tercinta saat graduasi kita, ada mata yang bergenang air matanya kerana tiada keluarga bersama
“Saya rasa saya dah tak mampu sambung belajar lagi, sebab itu saya datang juga agar ada pengalaman kali terakhir ini”. Mendengar itu cukup membuat hati saya berkata. “Lelaki ini pasti berjaya”. Melangitkanlah impianmu wahai anak muda.

Azizul Azli Ahmad
Raikan Graduan Saya
#JadilahManusiaBermakna
#IstiadatKonvokesyenKe90
#HidupUntukMemberi

Sumber : Azizul Azli Ahmad