berita

Datin Red Mohon Maaf, Akui Terlalu Emosi Dedah Jual Tanah Demi Bantu Suami

March 28th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini, madu kepada penyanyi Adira iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim memuat naik hantaran di Instagram (IG) Story meluahkan rasa marah kepada suaminya, Datuk Red yang dianggap seakan tidak menghargai jasa serta pengorbanannya.

Artikel Berkaitan: ‘Pinjam Duit Orang Kau Mention, Pinjam Duit Aku Tak Pula Cerita Sampai Jual Tanah Nak Tolong’ – Datin Red

Datin Red mohon maaf

Terbaharu, Sharifah yang lebih mesra disapa Datin Red sekali lagi memuat naik hantaran di IG Story berhubung kenyataannya itu.

Menerusi hantaran tersebut, Datin Red membuat permohonan maaf dan mengakui dirinya terlalu mengikut emosi sewaktu menulis kenyataan yang seakan tidak berpuas hati dengan suaminya itu.

Maaf saya manusia, selalu melakukan kesilapan dan terlalu mengikut emosi.

Kita ada satu sahaja Tuhan iaitu Allah SWT. Jangan pernah sekali pun ‘terjatuh’ dengan tipu helah manusia.

Mana yang digelar manusia, tidak boleh dibanding-bandingkan dengan Maha Esa.

Terdahulu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memaklumkan dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis dan bankrap selepas perniagaan yang diusahakannya sudah tidak lagi beroperasi sejak 2019.

Tambah Datuk Red, dia juga telah ditanggung dan terpaka menumpang belah ihsan isterinya, Adira untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

Walau bagaimanapun, isteri pertamanya iaitu Datin Red tampil memuat naik hantaran di IG Story memaklumkan dirinya seakan terkilan dengan Datuk Red yang hanya menyebut kebaikan Adira sedangkan dirinya juga banyak membantu suaminya itu ketika susah.

Sumber: Instagram Datin Red

SKIP THIS AD ×