berita

Datin Shahida Kongsi Pengalaman Alami Pendarahan Ketika Hamil, Pernah Kerja Dalam Tempoh Berpantang

May 12th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsi pengalaman dirinya saat hamil anak keenam mereka.

Artikel Berkaitan: Hadir Majlis Iftar Ketika Masih Berpantang, Datin Shahida Dikritik Netizen – ‘Tak Sayang Diri Sendiri Ke’

Artikel Berkaitan: 15 Jam Bertarung Nyawa, Isteri Aliff Syukri Selamat Lahirkan Anak Keenam

Tuntutan kerja

Ketika ditemui OhBulan! baru-baru ini, Datin Shahida memberitahu bahawa sebelum ini dia sudah mula bekerja meskipun masih dalam tempoh berpantang. Jelasnya lagi, sebagai seorang usahawan, dia perlu bekerja lebih keras selain perlu memantau perkembangan perniagaan dan para pekerja.

Saya tak manjakan diri memang dah mula bekerja. Bila orang berniaga tidak sama macam orang yang makan gaji. Perniagaan ni memerlukan pemantauan yang rapi. Macam saya dalam pantang pun, ada pekerja datang minta tandatangan dan sebagainya.

Jelas Shahida lagi, ini merupakan kali pertama dia mengalami pendarahan yang banyak kerana kehamilan sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang komplikasi.

Masa pendarahan uri di bawah tapi bila nak beranak, uri dah dekat atas. Saya sangat terkejut sebab kita rasa badan kita sihat, doktor pun kata kandungan tak ada masalah. Kalau kita ikutkan cara yang betul, kita kena banyak bergerak supaya perjalanan darah lancar. Bukannya baring je.

SKIP THIS AD ×