Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa syukurnya selepas isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan cahaya mata mereka yang keenam.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Kali Ini Amat Mencabar’ – Aliff Syukri Susah Hati Tengok Isteri Tahan Sakit Bersalin
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tak Seksi & Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun..Itu Hanya Sekadar Seni’ – Aliff Syukri
Hampir 15 jam bertarung nyawa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Aliff mendedahkan bahawa Shahida terpaksa bertarung nyawa dari jam 5 pagi sebelum berjaya melahirkan zuriat mereka itu pada jam 3 petang.
Anak kali ni amat mencabar, dari jam 5 pagi dalam labour room sampai jam 3 petang baru selamat keluar, saya duduk sebelah ni yang sedih dan takut tengok wife saya sakit.
Pengalaman berbeza berbanding anak yang lain
Dalam pada itu, Datin Seri Nur Shahida dalam satu hantaran yang dimuat naiknya di Insta story menyatakan bahawa pengalaman melahirkan zuriatnya yang keenam ini sedikit berbeza kerana beliau merasakan pengalaman yang agak sakit jika hendak dibandingkan dengan zuriatnya yang sebelum ini.
Alhamdulillah, ramai yang WhatsApp, DM bertanya.
Dah selamat bersalin dah. MasyaAllah, budak kecil ini kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat nak suruh dia masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.
Akhirnya keluar juga tangannya dulu baru muka. Pertama kali juga ada pengalaman macam ni, memang sakit sikit dari sebelum ini, apa-apa pun syukur selamat semuanya.
Untuk info, cahaya mata yang keenam ini merupakan hasil perkahwinan Aliff Syukri dan Nur Syahida yang mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 yang lalu.
Sumber: Instagram