berita

Dato’ Siti Nurhaliza Nasihatkan Shila Amzah Fikir Panjang

September 22nd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Dato-Siti-Nurhaliza-Live-In-KLCC-17

Ha… kan betul apa yang kami coretkan minggu lalu mengenai peminat fanatik tak bertempat. Baru je tulis, dah muncul isu yang seangkatan dengannya.

Artikel Berkaitan: Apa Jadi Bila Peminat Lebih Sudu Daripada Kuah?

Apa lagi kalau bukan pasal isu peminat fanatik yang dilihat obses dengan selebriti kegemaran mereka sehinggakan memfitnah selebriti lain. Bukan calang-calang artis ya yang difitnahnya, Dato Siti Nurhaliza pula tu!

Ceritanya macam ni, ada seorang peminat Shila Amzah telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Dato’ Siti membeli hadiah untuk para wartawan, kononnya nak ‘merasuah’ la kiranya.

Screen Shot 2014-09-21 at 10.25.13 PM

Kenyataan balas daripada Dato’ Siti Nurhaliza

Aik? Tak pasal-pasal pula nak melibatkan orang lain kan. Susulan kes itu, Berita Harian pun mendapatkan penjelasan lanjut daripada Dato’ Siti.

“Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini.

Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya.”

PENGISYTIHARAN-BINTANG-BERTARAF-ANTARABANGSA-BERSAMA-WARNER-MUSIC-MALAYSIA-22-630x420

Shila Amzah turut dinasihati oleh Dato’ Siti Nurhaliza

Dalam pada itu, Dato’ Siti yang dah bepuluh tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air ni pun ada memberikan sedikit nasihat buat Shila Amzah. Katanya;

“Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan.

Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media.”

Macam-macam hal! Tapi, kami rasa lepas ni tak mustahil timbul isu peminat Dato’ Siti versus peminat Shila Amzah pula kan? So, kita tengoklah sama ada kes ini berlarutan ke tidak nanti.

Kredit foto: Instagram Dato’ Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)