
Jurusolek terkenal dan usahawan, Alha Alfa akui terdapat persamaan pada wajah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Alha Alfa Perjelas Konsep ‘Sponsor’, Bosan Kerap Terima Mesej Minta Ditaja – ‘Bila Tak Bagi, Cakap Kita Berkira’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Orang Sanding Sesuai Pakai Putih’ – Alha Alfa Bagi Tips Elak Muka Nampak Kelabu Waktu Nikah‘
Bella Astillah vs Siti Nurhaliza
View on Threads
Menurut Alha, persamaan itu dapat dilihat menerusi beberapa ciri wajah Bella, termasuk bentuk hidung serta mata yang tidak mempunyai kelopak.
Selain itu, tahi lalat semula jadi dan kening pelantun lagu Lebih Indah Berpisah juga mempunyai persamaan dengan penyanyi nombor satu negara itu.
Jujur saya cakap, bila saya makeup Bella, bentuk hidung dari tepi, bentuk mata yang tiada kelopak dan jenis mata redup tak garang.
Tahi lalat original sama dan bentuk dahi. Kening pun lebih kurang.
Cuma Bella pipi bulat sikit, buah pipi Siti Nurhaliza mahal apple cheek. Jujur iras itu ada.
Bila bergerak, akan nampak ada sikit iras.
Dalam pada itu, Alha berpendapat personaliti kedua-dua selebriti yang lemah lembut itu mungkin menjadi antara faktor mereka disenangi ramai.
Mungkin personaliti sopan dan lemah lembut itu yang membuatkan mereka disayangi ramai.
Apa pun masing-masing ada kecantikan tersendiri.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Diva M Hadiah Kereta RM100,000 Kepada Pekerja Setia](https://asset.ohbulan.com/2026/10/diva-M-4.jpg)