berita

Datuk Awie Bakal Terbitkan Filem & Bawa Watak Husin, Syukur Masih Melekat Di Hati Peminat – ‘Saya Rasa Ini Satu Petanda Yang Sihat’

November 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

awie husin

Pelakon dan penyanyi, Datuk Awie mengakui watak Husin yang pernah dilakonkannya di dalam beberapa filem arahan Allahyarham Mamat Khalid memberi kesan yang baik terutama penerimaan penonton.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie Syukur Dapat Jumpa Anak Lepas 8 Tahun Berpisah -‘Raya Haji Yang Bermakna’

Artikel Berkaitan: Harga Bermula Serendah RM95, Konsert Wings: The Rock Emperor Tawar Tiket Rahmah Buat Peminat

Awie sinonim dengan Husin

awie husin

Ketika ditemui OhBulan! Awie menzahirkan rasa syukur kerana karakter Husin yang dibawa memberi impak besar dalam kerjayanya sebagai anak seni.

Awie juga sempat mengimbas kembali momen ketika filem ikonik arwah Mamat Khalid itu menjadi fenomena di negara ini.

Saya syukur sebab karakter itu orang ingat. Waktu awal-awal saya buat Zombie Kampung Pisang, keluar sahaja filem itu dan ketika itu saya di Labuan. Saya turun sahaja kapal terbang orang semua jerit ‘Husin!’. Saya terperanjat juga, naik atas pentas pun masih menjerit ‘Husin’.

Saya rasa ini adalah satu petanda yang sihat. Watak Husin itu menjadi ikutan ramai juga dan ada pengikutnya.

Awie berkata demikian ketika ditemui semasa sesi beramah mesra kumpulan Wings bersama media di Sri Pentas pada Khamis.

Dalam pada itu, pelantun lagu Taman Rashidah Utama ini turut mendedahkan bahawa dia bakal menerbitkan sebuah filem yang mengetengahkan watak tersebut dan difahamkan filem itu ketika ini masih dalam proses pembikinan skrip.

Akan datang, sebuah filem Husin The Movie dan akan dikeluarkan. Ia berceritakan tentang watak Husin itu sendiri dan masih dalam pembikinan skrip. InsyaAllah dalam tahun depan kita akan mula penggambaran.

Sementara itu, kumpulan Wings bakal mengadakan Konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini.

Buat semua peminat rock, jangan lepaskan peluang ini untuk saksikan Konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini.

Anda boleh buat pembelian tiket dengan harga serendah RM95 di wings.uberticket.asia.

SKIP THIS AD ×