Gambar sekadar hiasan
Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 14 sebatan terhadap seorang lelaki warga emas atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua orang cucu tirinya.
Artikel Berkaitan: Isteri Tak Layan Kehendak Seks, Punca Ayah Rogol Anak Sampai Hamil & Buang Bayi
Artikel Berkaitan: Ibu Muda Dirogol Abang Angkat Suami, Kejadian Berlaku Di Depan Bayi 8 Bulan
Tiga pertuduhan
Foto: Harian Metro
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di daerah tersebut pada Oktober 2022 antara jam 2 petang hingga jam 7 malam. Mangsa ketika itu berusia tujuh tahun 11 bulan.
Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun serta 10 sebatan.
Dalam pada itu, bagi pertuduhan kedua dan ketiga dia didakwa melalukan amang seksual fizikal di tempat dan waktu yang sama terhadap mangsa dan adik perempuannya yang berusia enam tahun lima bulan ketika kejadian.
Warga emas berusia 68 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Tehadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama iaitu masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan dua sebatan serta dua tahun penjara dan dua sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Asaari Salleh.
Mahkamah kemudian memerintahkan supaya tertuduh menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan satu dan dua serentak manakala hukuman penjara bagi pertuduhan ketiga akan bermula setelah dia selesai menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Selain itu, sebaik selesai menjalani hukuman penjara, tertuduh diarahkan untuk berada dalam pengawasan polis selama satu tahun mengikut Seksyen 27 AKTSTKK 2017.
Sumber: Harian Metro