Gambar sekadar hiasan
Seorang bapa dihadapkan ke mahkamah selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya sehingga hamil dan melahirkan seorang bayi. Dia juga didakwa membuang bayi tersebut.
Artikel Berkaitan: Ibu Muda Dirogol Abang Angkat Suami, Kejadian Berlaku Di Depan Bayi 8 Bulan
Artikel Berkaitan: Rogol Kanak-Kanak 13 Tahun Hingga Lahirkan Bayi, Pekerja Ladang Dipenjara 8 Tahun, 4 Sebatan
Artikel Berkaitan: Adik Jadi Pemuas Seks Abang, Dirogol Sejak 7 Tahun Lalu & Kini Hamil
Tak dilayan oleh isteri
Gambar sekadar hiasan
Menurut dakwaan yang dibacakan oleh Pendakwa Raya, Herlambang, semasa soal siasat dijalankan, tertuduh Mariyono yang didakwa di Mahkamah Daerah Surabaya, Indonesia, mengakui isterinya tidak pernah melayani kehendak seksualnya yang menjadi punca dia sanggup merogol anaknya.
Tertuduh melakukan persetubuhan dengan anaknya dengan alasan isterinya tidak pernah melayaninya.
Herlambang juga mendedahkan bahawa Mariyono kerap melakukan perbuatan keji itu dalam masa setahun lalu dengan merogol gadis tersebut dua kali seminggu di rumah mereka.
Setelah mangsa hamil dan melahirkan seorang bayi, Mariyono tidak mengakui perbuatannya itu malah bertindak kejam dengan membuang bayi tersebut. Difahamkan bayi itu telah meninggal dunia.
Mariyono dipenjarakan selepas pihak polis dapat menghidu perbuatannya itu.
Rayuan kepada panel hakim untuk mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh Mariyono secara sah dan menyakini bahawa dia bersalah kerana melanggar jenayah keganasan seksual seperti termaktub dalam Perkara 285 Kanun Jenayah. Dihukum penjara 11 tahun.
Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Faiz berkata tindakan anak guamnya adalah kerana isterinya tidak pernah melayannya dan bayi tersebut dibuang akibat mahu menutup malu.
Menurut Faiz, tertuduh mengakui perbuatannya namun meminta sedikit kelonggaran iaitu meminta agar dia dikeluarkan dari penjara segera supaya dapat bekerja menyara keluarga.
Dalam pada itu, Faiz berkata terdapat dakwaan bahawa anak dan isteri tertuduh sudah memaafkan perbuatannya.
Anaknya dan isteri telah memaafkan perlakuan yang dialaminya dan meminta barisan hakim meringankan hukumannya.
Walau bagaimanapun, pihak Pendakwa Raya masih melihat kesalahan Mariyono amat besar sehingga memberikan trauma terhadap mangsa yang berusia 19 tahun itu.
Sumber: Detik.com