
Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui terhibur dengan sorakan peminat yang menjerit agar dia berkahwin dengan rakan duetnya, Hael Husaini ketika kemunculannya di Konsert Hael Husaini & Repertoire pada Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: Konsert Hael Husaini & Repertoire Ibarat Sebuah Cerita Dalam Muzik
Anggap gurauan

Dayang, 44, berkata, dia menganggap sorakan itu sebagai satu perkara yang lucu selain tidak terlalu mengambil serius tentang ‘kenen-kenen’ yang dibuat oleh peminat.
Bila dengar itu saya tergelak, sangat comel. Terima kasih kepada semua. Saya rasa kita kena hormat peminat jika mereka nak ‘padankan’ kita dengan sesiapa.
Benda macam ini bukan berlaku di Malaysia saja, Hollywood pun sama. Peminat memang suka ‘ship’ artis.
Sementara itu, Hael Husaini, 37, pula berpendapat sorakan ‘kahwin’ itu mungkin bukan ditujukan kepada mereka berdua.
Saya rasa mungkin sorakan itu untuk pasangan lain yang ada dalam lokasi konsert. Tapi tak mengapa, saya anggap sebagai salah satu cara peminat meraikan lagu-lagu saya.
Ada lagu yang sedih, ada lagu yang penuh kebahagiaan. Bila ada doa-doa yang baik daripada mereka, itu sebenarnya adalah kejayaan besar buat saya malam ini.
Terdahulu, suasana di Zepp Kuala Lumpur menjadi gamat apabila peminat tidak berhenti melaungkan perkataan ‘kahwin’ ketika Dayang dan Hael menyampaikan duet lagu popular mereka, Haram dan Hari Ini.
Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai hubungan rapat antara Dayang dan Hael mendakwa mereka dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Malah, ada dakwaan kononnya mereka sudah bertunang, namun kedua-duanya menafikan dan menegaskan hubungan mereka hanyalah sebagai sahabat rapat.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

