berita

‘Dedah Aurat Tetap Haram’ – PU Syed Tegur Shuhaimi Lua, Suruh Buat Drama Yang Dekatkan Penonton Dengan Allah

June 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua dikritik netizen selepas didakwa suka menampilkan pelakon lelaki tidak berbaju dalam drama.

Peka hukum agama

Isu ‘belanja’ badan itu menarik perhatian pendakwah bebas, PU Syed untuk mengulas berlandaskan hukum dalam Islam.

Tegas PU Syed, 40, perbuatan mendedahkan aurat adalah haram tak kisah sama ada dari pelakon lelaki atau wanita.

Babak mendedahkan aurat tak kira datangnya dari pelakon wanita atau lelaki tetap haram walau apa wardrobe cerita itu sekalipun.

Jika pengarah dan pelakon peka hukum agama, tidak akan muncul babak-babak yang memerlukan mereka mendedahkan aurat.

PU Syed berkongsi pandangan mengenai isu itu di Instagram (IG) miliknya pada Selasa.

Patuh dengan batas

Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyatakan Islam telah menetapkan batas yang menunjukkan jati diri seorang Muslim.

Katanya, adalah lebih baik sekiranya Shuhaimi menghasilkan jalan cerita yang boleh mendidik penonton ke arah jalan Allah.

Islam telah menetapkan batas-batas yang boleh dan tidak. Sama ada umatnya setuju atau tidak ianya adalah bukti pengabdian diri kepada Allah.

Jika kita sama gayanya dengan orang yang bukan Islam, apa lagi ada pada jati diri Muslim kita.

Buat tuan pengarah Shuhaimi, cubalah arahkan cerita yang jalan ceritanya lebih mendidik penonton dekatkan diri kepada Allah.

Sebelum ini, dua drama iaitu Oh My Hantaran lakonan Noki manakala Fadlan Hazim menerusi Chinta Arjuna menjadi bualan warganet kerana memaparkan babak ‘tayang’ badan.

Sumber: Instagram @pusyed_official 

SKIP THIS AD ×