berita

Dedah Sikap Sebenar Mohamed Salah, Siapa Wanita Malaysia Bertudung Di Samping Pemain Liverpool Ini?

February 11th, 2019 | by faris
Kini Trending

Kelibat seorang wanita bertudung bawal yang menjalankan pemeriksaan terhadap pemain kelab bola sepak terkemuka England, Liverpool mengundang tanda tanya ramai.

Laporan Utusan Malaysia akhirnya merungkai misteri identiti wanita terbabit yang rupanya seorang rakyat Malaysia, Aleah Mohammad.

Penuntut PhD Liverpool John Moores University

Aleah Mohammad adalah penuntut yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.

Membuat ‘kemunculan’ hanya beberapa saat dalam video bertajuk ‘Inside Training: Energy-sapping bleep tests | Keita, Fabinho & Milner’ itu, kehadiran Aleah boleh dilihat pada minit ke 5.10 saat.

Bermula dengan Liverpool Ladies

Menurut Utusan Malaysia, Aleah memulakan perkhidmatan dengan skuad itu apabila penyelianya, Profesor Dr. John Somauroo menawarkannya untuk melakukan ujian saringan kardiovaskular bagi skuad berkenaan.

Pada akhir tahun 2015, saya mula menjalankan kajian PhD saya berkaitan kardiovaskular untuk pasukan Liverpool Ladies.

Kemudian, salah seorang penyelia saya, Profesor Dr. John Somauroo yang juga merupakan Pakar Perunding Kardiologi untuk Persatuan Bola Sepak (FA) England dan Liverpool menawarkan saya untuk sama-sama terlibat melakukan ujian saringan kardiovaskular bagi kelab ini.

Sejak itu, saya mula bersama melakukan ujian saringan untuk Liverpool.

Dedah sikap sebenar pemain

Aleah turut menceritakan pengalamannya bekerja secara langsung dengan kelab tersebut selain pengendalinya Jurgen Klopp.

Pada pemerhatian saya, boleh dikatakan tiada seorangpun pemain Liverpool berlagak diva. Cuma ada seorang dua pemain yang kelihatan agak serius dan tidak banyak bercakap, namun, sentiasa patuh dengan arahan daripada pegawai kelab.

Saya menyenangi sikap Alex Oxlade-Chamberlain yang paling mudah memberikan kerjasama. Mohamed Salah pula agak pemalu pada mula­nya, namun, gemar tersengih.

Klopp mesra dengan semua

Sadio Mane adalah seorang yang mesra, sangat berdisiplin dan tidak pernah lewat hadir menjalani ujian. Dia kelihatan pendiam, namun, peramah, manakala Roberto Firmino pula tidak pernah lokek dengan senyuman.

Klopp sebagaimana yang dilihat dalam media, begitu mesra dengan semua orang di kelab ini tidak kira peringkat. Dia akan terlebih dahulu menyapa. Bagaimanapun, apa yang saya lihat jika menjelang perlawanan besar, dia menjadi lebih serius dan kelihatan begitu komited.

Video latihan The Reds

Sumber: Berita Dari Anfield, Alea EllieUtusan Malaysia,