berita

‘Demi Allah Saya Sumpah Quran Tak Pernah Gaduh Dengan Suspek’ – Ibu Mangsa Bunuh Sadis

February 13th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Negara digemparkan dengan penemuan mayat Siti Masyitah Ibrahim dimana tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalaman dikeluarkan. Malahan, kepala arwah turut terpisah dari badan mayat yang ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 9 Februari lalu.

Hasil siasatan awal polis mendapati dendam dan marah menjadi motif pembunuhan kejam terbabit. Suspek lelaki warga Kemboja berusia 23 telah ditahan 31 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Suspek datang rumah seperti biasa

Ibu mangsa, Zaleha Abdullah berkata, dia sanggup bersumpah menjunjung Quran untuk membuktikan tidak tahu-menahu dendam antara suspek dan keluarganya membuatkan anaknya menjadikan Siti Masitah sebagai korban.

Tambah Zaleha lagi, dia terkejut apabila suspek mengaku kepada pegawai penyiasat bahawa dia melakukan perbuatan itu atas dasar dendam terhadap keluarganya.

Ujarnya lagi, pada hari kehilangan Siti Masitah 30 Januari lalu, lelaki terbabit datang ke rumahnya seperti biasa. Ketika ditahan penduduk kampung, lelaki itu tidak mengaku menaiki motosikal dengan mangsa, walaupun ada penduduk kampung melihat mereka bersama sebelum kanak-kanak itu hilang.

Tidak pernah gaduh

Demi Allah, saya tidak tahu. Hendak bagi saya Quran itu, dia anak saya pun. Saya berani bersumpah saya tidak pernah bergaduh dengan dia. Tiba-tiba dia bercakap macam itu.

Sudah buat anak saya macam itu lepas itu cakap macam itu pulak. Demi Allah saya berani sumpah Quran tidak pernah gaduh dengan dia, sikit pun tidak ada.

Siti Masitah dilaporkan keluar dari rumahnya pada 5 petang, 30 Januari lalu untuk ke kedai runcit sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah. Kejadian pembunuhan kejam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu.

Kisah pembunuhan kejam gara-gara dendam

Sumber: Astro Awani, Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×