berita

Demi Cinta, Gadis Sanggup Rentas Sungai Penuh Buaya Nak Kahwin Lelaki Kenal Di FB

June 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Demi cinta, seorang wanita di Bangladesh nekad merentasi sebuah kawasan hutan dipercayai menjadi sarang harimau dan turut berenang di sebatang sungai Matla yang menjadi lubuk buaya selama sejam bagi berjumpa kekasih hati di India.

Sanggup redah segalanya

Foto: Daily Star

Menerusi laporan Daily Star, gadis dikenali Krishna Mandal, 22, dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki India, Abhik menerusi aplikasi Facebook sebelum mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain. Pasangan ini kemudiannya bercadang untuk berkahwin bagaimanapun, Krishna sama sekali tidak memiliki pasport bagi memasuki negara India secara sah.

Namun, perkara tersebut sama sekali tidak menghalang buat gadis muda ini untuk berkahwin dengan bakal suaminya sebelum bertindak memasuki negara berkenaan secara haram. Difahamkan hutan paya Sundarbans yang direntas oleh Krishna sebelum ini mencatatkan beberapa kes kematian akibat serangan harimau. Kegigihan gadis ini akhirnya berjaya diharungi pada 28 Mei yang lalu sebelum berkahwin dengan  suaminya di bandar Kolkata.

Bagaimanapun, dia telah ditahan oleh pihak polis dua hari selepas perkahwinannya berlangsung atas dakwaan memasuki negara berkenaan secara haram berikutan kisah tersebut menjadi viral dalam kalangan penduduk daerah South 24 Parganas di Bengal.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×