Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil memberi teguran kepada segelintir usahawan pakaian yang didakwa melanggar syariat agama.

Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Tegur Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf – ‘Jika Biar Terputus, Kita Sebenarnya Jauhkan Diri Dari Rahmat Allah’

Artikel Berkaitan: ‘Kagum Non Muslim Cuba Rasa Erti Puasa, Malulah Kita Muslim Masih Cari Alasan Tak Taat’ – Ustaz Wadi Annuar

Teguran Ustaz Wadi

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Ustaz Wadi menegaskan para usahawan atau pekerja tidak boleh memakai pakaian yang berlainan jantina meskipun bertujuan untuk promosi bagi melariskan jualan mereka.

Ustaz Wadi juga mengingatkan mereka tentang kepentingan mendapatkan keberkatan dalam memperoleh keuntungan.

Apa guna untung banyak jika hilang berkat?

Marketing boleh kreatif, tetapi jangan sampai melanggar syariat.

Lelaki pakai pakaian wanita, wanita pakai pakaian lelaki..demi kejar sales baju raya.

Dalam masa yang sama, Ustaz Wadi turut berkongsi bahawa perbuatan tersebut termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.

Ingat, Nabi SAW melaknat perbuatan menyerupai jantina yang berlainan.

Jangan normalisasikan perkara yang mengundang murka Allah demi keuntungan.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong peringatan yang diberikan oleh Ustaz Wadi dengan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu tindakan melampau kerana mengetepikan larangan agama.

Sumber: Threads