
Bulan Syawal merupakan peluang keemasan bagi umat Islam untuk meraih ganjaran pahala yang besar melalui ibadah puasa sunat selamat enam hari, di samping menjadi waktu yang paling sesuai untuk melunaskan qada puasa yang ditinggalkan semasa Ramadan.
Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Terima Duit Raya, Ustaz Wadi Annuar Kongsi 9 Adab Yang Perlu Ditekankan Kepada Anak
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Tegur Pembeli Mercun, Titip Pesanan Utamakan Yang Lebih Penting – ‘Berhibur Tidak Salah, Cuma…’
Panduan niat puasa
Menerusi hantaran di Threads, pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkongsi panduan niat puasa enam Syawal dan puasa qada.
Ustaz Wadi juga menggalakkan semua umat Islam untuk melaksanakan ibadah tersebut bagi memperoleh ganjaran daripada Allah SWT.
Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan bagi mereka yang berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebagai kesinambungan ibadah selepas Ramadan.
Semoga perkongsian ini membantu dan memudahkan urusan ibadah kita semua.
Dalam pada itu, Ustaz Wadi turut berkongsi kelebihan puasa enam di bulan Syawal.
Mendapat ganjaran pahala seperti berpuasa selama setahun.
Melengkapkan ibadah fardu dan menampung kekurangan puasa bulan Ramadan.
Meneruskan momentum ibadah sebagai tanda istiqamah selepas Ramadan.
Allah menjanjikan syurga melalui pintu al-Rayyan bagi orang yang rajin berpuasa.
Sumber: Threads