Di New Delhi, India, pasangan suami isteri tergamak menjual bayi mereka yang berumur lapan bulan untuk membeli iPhone 14.
Nak rakam video dan gambar
Menerusi laporan India Times, pasangan dari Utara 24 Benggala Barat itu dipercayai mahu membeli telefon pintar berkenaan untuk merakam video dan gambar ketika mengembara ke seluruh rantau India bagi dimuat naik di ‘reels’ Instagram (IG).
Tindakan pasangan itu mendapat kecaman hingga pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap pasangan terbabit dalam urus niaga dan wanita yang membeli bayi berkenaan.
Wanita bernama ‘Sathi’ sudah ditahan polis manakala bapa bayi, Jaydev Ghosh, masih belum ditemui dan pihak berkuasa sedang berusaha mencari lelaki berkenaan.
Difahamkan, jiran terdekat menyedari tingkah laku pelik pasangan itu yang tidak kelihatan risau atau cemas selepas anak mereka hilang.
Lebih sedih, jiran terdekat mengakui bahawa pasangan tersebut menukar bayi kesayangan mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone 14. Terdahulu, Jaydev pernah melakukan cubaan menjual anak perempuannya yang berumur tujuh tahun.
Selepas menjual bayi lelaki itu, Jaydev cuba menjual anak perempuannya pula pada tengah malam Sabtu. Kami memaklumkan kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya dan polis sudah menahan Jaydev.
Pasangan suami isteri itu dan wanita yang membeli bayi mereka kini berdepan pertuduhan berat berkaitan kes pemerdagangan manusia. Sementara polis masih menjalankan siasatan dan belum mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu.
Sumber: India Times