
Seorang peguam syarie berkongsi pengalaman mengendalikan kes perceraian yang berpunca daripada situasi luar dari kebiasaan.
Artikel Berkaitan: ‘Diceraikan Kerana Sikap Baran, Saya Sedar Bila Semuanya Dah Terlambat’
Artikel Berkaitan: Dah Beri Suami Gaji 10K Sebulan, Wanita Anak Empat Pilu Diceraikan Sebab Suami Pilih Janda
Pendedahan peguam

Menerusi perkongsian di Threads, peguam tersebut memaklumkan dia baru sahaja selesai mengendalikan kes pengesahan lafaz cerai melibatkan salah seorang anak guamnya.
Menurut peguam itu, punca suami melafazkan cerai adalah kerana kucing milik isteri mengejar burung hantu peliharaannya sehingga menyebabkan haiwan tersebut terlepas.
Baru tadi selesai kes pengesahan lafaz cerai untuk client saya.
Punca suami lafaz cerai kerana kucing client saya kejar burung hantu yang suaminya bela, sampai burung hantu itu terbang.
Suami dia marah dan terus lafaz cerai.
Komen netizen



Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang terkejut apabila mengetahui punca perceraian adalah disebabkan haiwan peliharaan.
Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat, kejadian itu mungkin sekadar kemuncak kepada konflik yang telah lama berlaku di antara pasangan tersebut lalu menjadi pencetus kepada tindakan suami melafazkan cerai.
Sumber: Threads








