berita

Demi Mencari Sesuap Nasi, Warga Emas Berjalan Kaki Sejauh 30KM Dari Sungai Dua Ke Taiping

February 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memang benar hidup ini bagaikan roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah. Kalau kita rasa tengah susah, ingatlah ada yang lagi susah di luar sana. Betul kan?

Melalui Facebook Nursyifarina Imani, dia telah berkongsi sebuah kisah yang meruntun hati tentang seorang warga emas yang ditemuinya berjalan kaki di atas highway seorang diri.

Aku nampak dari jauh

Menurut Imani, dia pada mulanya tengah menunggang motosikal dari arah bertentangan sebelum dia melihat pak cik ini berjalan di tengah panas terik tanpa ada sesiapa pun yang tergerak hati nak tumpangkannya.

Pada mulanya dia agak was-was nak membantu tapi akhirnya lepas tengok keadaan pak cik itu, dia pun menumpangkannya sebab kasihan melihat warga emas itu seorang diri berjalan tengah panas.

Saya tak ada helmet lebih

Antara perbualan sewaktu dia menegur pak cik itu. Ternyata pak cik tersebut hendak pulang ke rumahnya di Taiping dan seakan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun pelawaannya berjaya, apabila pak cik tersebut menumpangnya ke terminal bas yang terdekat.

Keluar sesudah solat subuh

Ternyata pak cik tersebut menceritakan bahawa dia gagal memperoleh sebarang pekerjaan semasa berada di Sungai Dua. Lalu, dia mengambil tindakan untuk pulang semula ke rumah.

Ni bas Taiping

Sebaik saja sampai di terminal bas, pak cik tersebut terus memberitahu bahawa dia nampak bas yang akan ke Taiping sudah berada di platform bas. Tanpa berlengah, dia terus membeli tiket untuk pak cik tersebut.

Pertemuan yang sangat bermakna itu meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya dan pak cik itu sendiri. Dia ternyata sebak melihat kegigihan seorang warga emas sanggup merantau jauh demi mencari sesuap nasi dan sanggup berjalan kaki sejauh 30KM nak pulang ke rumah semula.

Pak cik pun menangis

Paling sedih apabila pak cik itu sendiri menangis lepas dibantu oleh Imani. Mesti dia tak sangka masih ada juga orang berhati mulia macam ni.

Reaksi netizen

Netizen yang membaca perkongsian ini ternyata sangat bersimpati dengan nasib pak cik tersebut dan bersyukur ada orang yang sudi membantu warga emas itu.

Sumber: Nursyifarina Imani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×