berita

Demi Muzik Video Terbaru, Penyanyi Rap Kanada Maut Jatuh Dari Pesawat

October 25th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Untuk menghasilkan sesuatu kerja yang menarik, kadang kala ia memerlukan pengorbanan, tetapi tragedi menimpa penyanyi rap Kanada, Jon James McMurray, 34, apabila dia dilaporkan maut akibat terjatuh dari pesawat semasa melakukan penggambaran untuk muzik videonya yang baru. Penyanyi rap itu dilaporkan terjatuh ketika melakukan aksi di bahagian sayap pesawat yang pada ketika itu sedang meluncur di udara.

Maut demi muzik video terbaru

Jon James McMurray

Jon James McMurray maut selepas cuba melakukan aksi lagak ngeri demi menghasilkan muzik video terbaru. Penggambaran dilakukan di British Columbia pada Sabtu lalu. Walaupun sudah berlatih banyak kali, pesawat itu bagamainapun telah jatuh menjunam serta berputar-putar di udara. Juruterbang pada ketika itu pula tidak dapat menstabilkan semula penerbangan itu.

McMurray dilaporkan memakai beg payung terjun sewaktu kejadian, namun dia tidak sempat membukanya. Teman baik penyanyi rap itu, Rory Wayne Bushfield berkata McMurray sedar akan risiko yang bakal dihadapinya serta menganggap kematian rakannya itu merupakan satu tragedi.

Tetapi apa yang mengejutkan, Bushfield tetap memandang perkara itu sebagai sesuatu yang positif kerana McMurray berusaha untuk melakukan sesuatu perkara yang ‘menakjubkan’.

Kata salah seorang kru muzik video tersebut;

Tujuannya adalah untuk menghasilkan muzik video serta melakukan lagak ngeri, dan pada masa yang sama mahu membawa sesuatu yang baharu dalam industri.

Dalam pada itu, ramai yang berang dengan tindakan pengurusan artis tersebut kerana dianggap cuai dalam aspek keselamatan serta sengaja mencari ‘bahana’. McMurray merupakan seorang bekas pemain ski profesional, dia juga mempunyai pengalaman dalam melakukan aksi lagak ngeri.

Beberapa minggu sebelum kematiannya, dia telah memuat naik foto dua pesawat ringan yang akan digunakan untuk penggambaran muzik video terbarunya.

McMurray terkorban akibat tulang belakang patah.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×