berita

Demi Nak Bantu Ibu Bapa Di Kampung, Lelaki Lulusan Ijazah Kejuruteraan Ini Tak Kisah Kerja Foodpanda

August 27th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Mendapatkan pekerjaan idaman sejurus tamat pengajian amat mencabar pada ketika ini. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup melakukan pekerjaan di luar bidang pengajian mereka. Bagi menampung kos hidup yang tinggi di ibu kota, ramai yang melakukan lebih daripada satu pekerjaan.

Dengan nada berseloroh, seorang pengguna Twitter, Amirul Syaqir berkongsi tentang kerjayanya pada hari ini yang sama sekali di luar bidang pengajiaannya iaitu Aircraft Engineer. Bukan sahaja meraih ribuan retweet, lelaki tersebut turut menerima pujian netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat.

Walaupun lari bidang

Amirul Syaqir yang merupakan pelajar dari UniKL Miat, Sepang, baru sahaja menamatkan pelajaran ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (Aircraft Engineering) kira-kira Jun lalu. Dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai rider Food Panda setelah menunggu pekerjaan tetap.

Remaja berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memikirkan untuk meringankan beban keluarga dan membantu lagi 5 orang adiknya yang masih belajar. Lalu, dia mengambil keputusan untuk mengisi masa terluang untuk menjadi penghantar makanan di syarikat Food Panda.

Saya baru je tamatkan pengajian pada Jun lalu. Baru 2 bulan saya bekerja sebagai rider Food Panda sementara hendak menunggu mendapatkan pekerjaan tetap.

Saya juga berniat untuk meringankan beban ibu bapa dengan cara membantu beri perbelanjaan pengajian kepada adik saya yang masih belajar. Dua orang masih belajar di peringkat diploma.

Saya juga tidak mahu membazirkan masa tanpa membuat apa-apa pekerjaan.

Memperolehi RM2 ribu dalam sebulan

Berkongsi dengan lebih lanjut, Amirul Syaqir turut berkongsi pendapatan yang diperolehinya sebagai rider Food Panda. Dia melakukan pekerjaan itu full time tetapi bergantung juga kepada masa dan keadaan.

Sekiranya saya bekerja selama 7 hari tanpa cuti, seminggu saya memperolehi kira-kira RM500 hingga RM600. Manakala, jika saya sibuk dengan menghadiri temuduga, saya akan bekerja 3 hari seminggu dan memperolehi sekitar RM150 hingga RM180.

Dalam sebulan saya memperolehi RM2,000 dan mampu untuk memberi perbelanjaan kepada adik-adik saya.

Tambahnya lagi, kini dia masih mencuba nasib menghantar resume ke beberapa syarikat untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang dipelajarinya. Dia juga ingin memperluaskan kenalan dan mempercayai hikmah disebalik bekerja sebagai rider penghantaran makanan itu.

Sumber: cukey28

SKIP THIS AD ×