berita

Dengan Hanya 30 Minit Sehari, Ini Cara Kurangkan Risiko Obesiti & Penyakit Tidak Berjangkit

April 11th, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bagi tujuan meningkatkan kecergasan fizikal. Tahukah korang bersenam 150 minit seminggu dengan kekerapan lima atau enam kali berupaya mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular diri korang.

Menerusi Berita Harian, setiap senaman yang dilakukan haruslah dimulai dengan aktiviti memanaskan badan menerusi sesi regangan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Melahirkan masyarakat sihat dan cergas

Menurut Pengerusi Pusat Komuniti Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Poh Bee Koon, senaman merupakan aktiviti harian yang wajib dilakukan oleh setiap individu bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas seiring dengan saranan pihak kerajaan. Berdasarkan kajian Morbiditi Kebangsaan 2015, lebih 40 peratus golongan dewasa di Malaysia mengalami obesiti kerana didapati kurang bersenam.

Senaman 15 minit ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan kekerapan lima kali seminggu, manakala 15 minit lagi boleh dilakukan pada waktu petang. Ini bagi mencukupkan tempoh senaman 30 minit sehari seperti disarankan pakar kesihatan.

Program X-Break

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Program X-Break merupakan inisiatif pihak kerajaan terhadap setiap kementerian yang ada di negara ini. Setiap kementerian perlu mengadakan aktiviti senaman 15 minit sehari tidak kisah pagi ataupun petang dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat dan mengurangkan risiko penyakit dalam kalangan kakitangan kementerian.

Sektor swasta perlu mencontohi

Menurut Ketua Program Sains Pemakanan, Pusat Komuniti KesihataN UKM, Prof Dr Norimah A Karim, senaman 15 minit seperti berjalan pantas dan menaiki tangga mampu memberikan kebaikan buat setiap individu.

Ini langkah positif jabatan kerajaan yang wajar dicontohi sektor swasta untuk membawa perubahan yang baik dalam jadual harian pekerja. Senaman 15 minit perlu dijadikan rutin setiap hari dan akhirnya akan menjadi tabiat yang baik untuk kesihatan dan kualiti hidup.

Saya berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling kepada semua ketua jabatan mengenai pelaksanaannya.

Ketua Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, menyarankan senaman 15 minit itu dilaksanakan secara bergilir-gilir bagi mengelakkan permasalahan sewaktu operasi kerja terutama kakitangan yang berkhidmat di bahagian khidmat pelanggan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×