berita

Dengan Hanya RM200, 3 Gadis Ini Boleh Mengelilingi Kota Singapura Selama 3 Hari. Seronok!

April 30th, 2019 | by Ai
Travelogue

Bila cakap nak bercuti ke Singapura, mesti korang fikir perlukan perbelanjaan yang besar, betul tak? Iyalah, nilai wang di sana 3 kali ganda berbanding nilai mata wang kita. Tapi, 3 gadis cantik ini berjaya buktikan bahawa dengan hanya RM200 korang boleh mengunjungi pelbagai lokasi menarik di Singapura. Wow bestnya!

Tempat yang boleh kunjungi

Place visit

  • Marina Bay Sand
  • Marina Bay Bayfront
  • Helix Drawbridge
  • Garden By The Bay
  • Merlion Statue
  • Bugis Street (souvenirs)
  • Little Indian
  • Chinese Garden
  • Sentosa Island (USS)

Place to stay: Funworknet

Total:
Hostel 3 days : 40 SGD / rm120
Singapore Tourist Pass(valid 3days) : 20 SGD/ Rm60
Bas Harbour Front – Uss : 1 SGD/ rm3
Bas Jb larkin- Woodland :1.5 SGD/rm4.5
Bas Woodland- Jb larkin : 1.5 SGD/rm4.5
Total semua sekali : 3.3 +120 +60+3+4.5+4.5= rm195.30

*Price exclude food*

Kena buat kad Singapore Tourist Pass

Trip Bajet dr JB Larkin ke Singapore cuma RM200 sorang untuk 3 hari!

1st day
Naik bas Air-Con Express rm3.30 dr JB larkin ke singapore. 1 jam kmdian baru sampai woodlands, lepas imigresen. Dari MRT woodlands ke MRT Kranji sebab nak buat kad singapore tourist pass. (Kranji ni main office: buka selalu awal dan tutup lewat) Sebab kami sampai awal pagi, jadi kami buat kad dkt MRT Kranji.

Beli kad ini sebab nak jimat! Boleh ke mana-mana sahaja dengan Bas & MRT. (Ramai yang tak tahu Singapore ada Singapore Tourist Pass Card Ini. So, kami ambil untuk 3 hari!

  • 10 SGD for 1 days ( rm30)
  • 16 SGD for 2 days ( rm48)
  • 20 SGD for 3 days (rm60)

Lepas siap beli kad, naik MRT ke Yishun sebab hostel kami dekat sana (Funworknet). Berehat kejap, then terus pergi ke Marina Bay Bayfront, Marina Bridge, Helix Drawbridge, Singapore Bayfront Avenue, dan Singapore Marina Bay Sands Mall.

Sebab kami malas nak jalan, kami naik bas ke Garden By The Bay (Singapore Tourist Pass Card kan ada, so naik bas FREE lah). Sana ada pertunjukan lampu-lampu pada pukul 8-10 malam. Fuh, berlari kami sebab takut terlepas show itu, memang seronok habis!

Hari kedua dan ketiga

2rd day

Naik Mrt ke chinese garden, lepastu naik MRT ke Harbour Front pula. Dari MRT Harbour Front pergi ke laluan bus untuk ke USS. Kena bayar 1 SGD/ RM3 (pergi) balik takyah bayar dah. Sampai je sana, terus tangkap gambar dekat USS then cuci mata dekat kedai souvenirs. Terdapat banyak coklat!!! Ada Merlion Statue juga kat situ! Siap tu, terus berjalan ke Pantai Sentosa (20min je). Penat-penat makan tangkap gambar semua, naik bas yang sama dekat line RSW8 ke Harbour Front balik. Dan naik MRT balik ke hostel.

3rd day
Naik MRT ke Bugis Street (banyak cenderamata) & Little India, ya Ampun cantiknya design dan warna dekat building dia tu. Lepas itu naik MRT balik ke Woodland dan ambil bas dari woodland ke JB larkin terus. (1.50 SGD/rm3).

Sumber: Hanany Rossdy

SKIP THIS AD ×