berita

Dengan Sekali Lafaz, Nadia Brian Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan. Sama Cantik, Sama Padan!

November 9th, 2019 | by Amat Larbsib
Lensa Insta

Sebelum ini, pelakon Nadia Brian dan pasangan Muizz Nasruddin telah melangsungkan pertunangan pada bulan Mei 2019 lalu selepas menerima lamaran daripada kekasihnya ketika bercuti di Paris sekitar Februari.

Hari ini menyaksikan hari paling bersejarah buat pelakon itu apabila telah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan.

Bahagia sampai ke syurga

Dengan sekali lafaz pelakon Nadia Brian selamat bergelar isteri kepada Muizz Nasruddin yang juga seorang ahli perniagaan. Pelakon yang sedang meningkat naik itu telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dari pihak pengantin lelaki. Pasangan ini telah bernikah di Masjid Al Ikhlas, Shah Alam sekitar jam 12.00 tengah hari tadi.

Foto nikah

Sumber: Jaydee Mohamad, Nadia Brian