berita

‘Dengar Lagu Kerohanian Rasa Tenang’ – Fattah Amin

June 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Fattah Amin memberitahu dia kini memilih lagu-lagu yang bergenre kerohanian sebagai peneman dan penenang jiwa.

Artikel Berkaitan: Netizen Hairan Fattah Amin Tak ‘Drive’, Fazura Nafi Suami Pemalas – ‘Kalau Orang Lain Pandu Saya Akan Pening’

Terapi diri

Memilih genre kerohanian sekali lagi untuk single terbaru, Fattah mendedahkan isterinya, pelakon dan usahawan Fazura juga mempunyai minat yang sama.

Kata aktor berumur 30 tahun ini, mereka akan mendengar lagu-lagu seperti dari penyanyi Indonesia, Opick ketika berada dalam kereta.

Selepas tampil dengan genre kerohanian sebelum ini, saya mula jatuh cinta dengan lagu-lagu sebegini. Ini adalah genre yang sesuai untuk saya dan mahu mendalami lagi.

Saya dan isteri memang layan lagu-lagu begini sekarang ketika dalam kereta. Banyak lagu yang menjadi playlist kami. Ia memberi ketenangan dan menjadi terapi untuk diri kami.

Dalam seharian bekerja pasti ada rasa tertekan dan penat. Jadi, dengan mendengar lagu kerohanian buat saya lega dan sentiasa beringat.

Fattah berkata demikian ketika pelancaran muzik video lagu terbarunya, Padamu yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, pada Rabu.

Tak akan hilang

Dalam pada itu, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin akui lagu berunsur keagamaan jarang menjadi pilihan pendengar namun dia yakin masih ada golongan yang setia.

Kalau ingat kembali zaman kegemilangan kumpulan nasyid seperti Raihan dan Rabbani, saya antara yang akan pergi mendengar konsert mereka.

Cuma mungkin generasi sekarang tidak berminat dengan genre sebegini. Bagaimanapun, saya tidak rasa ia akan hilang kerana ia adalah lagu ketuhanan.

Jika kita masih ada agama pasti wujud rasa untuk terus mendengar. Jadi, ia boleh dihayati sampai bila-bila.

Lagu Padamu merupakan ciptaan Ikhwan Fatanna dan  Wan Salleh. Ia sudah dilancarkan di semua platform digital sejak April lalu dan MV boleh ditonton di saluran Youtube Fattah Amin.

SKIP THIS AD ×