berita

‘Dengarnya Tangan Kena Kelar’ – Rakan Dedah Suspek Sempat Berbalas Chat Mengenai Insiden Samun

November 3rd, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kes samun dan bunuh remaja perempuan di Kuala Terengganu membawa kepada penahanan seorang suspek yang merupakan rakan sekolah mangsa sendiri. Tangkapan dibuat berdasarkan bukti yang dijumpai di lokasi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Artikel berkaitan: ‘Suspek Merupakan Kawan Sekolah Mangsa, Motif Bunuh Berpunca Dari Salah Faham’

Di media sosial, viral screenshot perbualan dipercayai di antara suspek dan seorang rakan yang lain. Menerusi perbualan tersebut, suspek didakwa bersikap seperti biasa ketika rakan bertanyakan mengenai kejadian yang menimpa mangsa.

‘Sungguh’

Kes bunuh mareng, Aliya Saari siap chat dengan suspek lagi, patutlah langsung tak dok perasaan balas wasap gitu gitu je. Sian Aliya hari ini tekanan jiwa terkejut dok sangka, sampai nangis kediri mekmok wat pade kejutan sebab ye chat nge suspek pembunuhan sendiri rupanya. Scary dunia sekarang ni. Btw mangsa dan suspek junior Aliya. Maaf bagi yang tak faham saya copy yang tolong translate kan dekat komen.

Menurut dakwaan gadis ini, mangsa dan suspek merupakan junior adiknya di sekolah. Malah, adiknya sangat terkejut dan tertekan apabila mengetahui mengenai tangkapan yang dibuat ke atas suspek.

‘Dengar kata begitu’

Kakliya: Betul ke kejadian tu
Suspek: Betul kak Liya
Kakliya: Yang mana satu ye? Kak liya tak cam yang mana satu orangnya.
(Suspek bg gambar mangsa)
Kak liya: Yang ni ke? Ya Allah
Suspek: Ye
Kak liya: Rumah dia kena rompak?
Suspek: Dengar macam tu la.
Kakliya: Ada orang ke masa tu? Ke dia sorang je? Kesiannya..
Suspek: Tu tak tahu . Dengar cerita adik dia balik sekolah baru tahu.
Kakliya: Kalau nak ambik barang ambik jelah. Kenapa buat kat orang macam tu.
Suspek: Tu la. Dengar kata tangan kena kelar lagi.

Sumber: Attyra Saari

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×