berita

‘Suspek Merupakan Kawan Sekolah Mangsa, Motif Bunuh Berpunca Dari Salah Faham’

November 2nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Kuala Terengganu, seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap berlumuran darah serta putus pergelangan tangan dipercayai dirompak selepas rumah dipecah masuk. Mangsa juga mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka akibat daripada pergelutan.

Artikel berkaitan: Tak Mampu Buat Apa-Apa, Ibu Hidap Kanser Otak Saksi Anak Perempuan Dibunuh Penyamun

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan seorang suspek wanita yang juga merupakan rakan sekolah mangsa telah ditahan ketika memberi keterangan awal pagi tadi.

Suspek merupakan rakan sekolah

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Mohd Adli memaklumkan suspek merupakan rakan sekolah mangsa sehingga ke tingkatan 5. Ketika kejadian, suspek berkunjung ke rumah mangsa dan berbual di ruang tamu. Perselisihan faham mula berlaku dipercayai akibat kata mengata.

Kemudian, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa menyebabkan suspek mengambil pisau untuk mencederakan mangsa. Selepas itu, suspek bertindak mengambil barang-barang di dalam rumah selepas mangsa tidak sedarkan diri.

Tambahnya lagi, tangkapan dibuat berdasarkan bukti yang ditemui dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Susulan tangkapan itu juga, polis telah melakukan siasatan di rumah suspek dan menjumpai barangan termasuk wang tunai serta alat solek dipercayai milik mangsa.

Dakwaan suspek dikenali mangsa

Di media sosial, telah tersebar screenshot perbualan mendakwa suspek adalah orang yang dikenali mangsa ekoran tiada kesan umpil di pintu rumah. Malah, dakwaan menyatakan suspek pernah berkunjung ke rumah mangsa sebelum ini.

Sumber: shaqnewsmpb

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×