berita

‘Depa Tau Saya Punya Karakter Tu..’ – MB Kedah Mohon Maaf Isu Kontena Mayat

August 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Semalam, Menteri Besar Kedah iaitu Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan yang didakwa kurang sensitif berhubung isu penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat Covid-19 dikritik ramai pihak. Sehubungan dengan itu, dia telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan gurauan tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Siapa Nak Masuk, Bagi Nama’ – Gurauan MB Kedah Dikritik Ramai, Dianggap Tidak Sensitif

Saya terima sebagai adat

Menerusi laporan Astro Awani, Menteri Besar Kedah telah tampil memohon maaf selepas menghadiri tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach IPT di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok pagi tadi. Ujarnya lagi, gurauan tersebut hanya ditujukan kepada rakan media ketika itu yang mana sudah mengenali karakternya.

Difahamkan, dia juga turut menerima mesej daripada beberapa pihak yang mencela tindakan tersebut. Namun bagaimanapun, dia terima celaan dan teguran tersebut sebagai pengajaran kelak.

Oleh kerana ada pihak yang tersinggung, terasa hati dengan gurauan itu saya ambil kesempatan pada pagi ini memohon maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung dengan gurauan itu.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya hanya bergurau dengan adik-adik wartawan yang telah menjadi sebahagian kepada keluarga saya. Depa tau lah saya punya karakter itu. Tapi dah termasuk dalam kamera, nasib saya lah… Ramai juga yang menghantar mesej mencela tapi saya terima sebagai adat dalam kerjaya saya. Ada yang suka, ada yang benci tapi saya sayang semua orang.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×