Ibu pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail seringkali menjadi perhatian ramai kerana kerap memuat naik luahan di Instagram Stories tentang rumah tangga anak lelaki dan menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana.
Artikel Berkaitan: ‘Hancurnya Hati Mengenangkan Akan Kehilangan Mereka’ – Patimah Ismail
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Bersama Anak Di IG, Netizen Gembira Tengok Syamsul Yusof Bahagia
‘Semoga Allah beri kebahagiaan abadi..’
Terbaharu, Patimah menerusi satu hantaran di Instagram Stories menyatakan Puteri Sarah sudah lama menanggung derita dek masalah rumah tangga yang dilaluinya sejak bertahun-tahun lagi. Oleh hal demikian, dia berharap agar menantunya itu diberi kebahagiaan kelak.
Semalam, Patimah meluahkan rasa sedih selepas Puteri Sarah memfailkan penceraian terhadap anak lelakinya. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Patimah menyatakan hatinya hancur apabila mengenangkan akan kehilangan Puteri Sarah dan dua orang cucu iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah berpanjangan apabila pengarah itu enggan melafazkan cerai pada 7 Mac lalu. Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan ini melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) namun gagal menjumpai jalan penyelesaian.
Pada 21 Mac, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Kemudian, Puteri Sarah pula hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah pada 22 Mac.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah. Pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Sumber: Datin Patimah Ismail