Ibu pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi perhatian wargamaya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Ibu Syamsul Izin Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Faham Penderitaan Ditanggung Menantu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Berdamai, Tetap Nak Bercerai’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Hancur hati
Terbaru, Patimah meluahkan rasa sedih selepas menantu kesayangan iaitu aktres, Puteri Sarah Liyana memfailkan penceraian terhadap anak lelakinya.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Patimah menyatakan hatinya hancur apabila mengenangkan akan kehilangan Puteri Sarah dan dua orang cucu iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4.
Dalam perkongsian tersebut, Patimah memuat naik foto Puteri Sarah bersama anak-anak dengan berlatar belakangkan lagu Shanna Shannon yang berjudul Kamu dan Kenangan.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah terus berpanjangan apabila pengarah itu enggan melafazkan cerai pada 7 Mac lalu atas alasan yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang.
Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Syamsul dan Puteri Sarah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) namun pasangan ini gagal menjumpai jalan penyelesaian di pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada 24 Mac lalu.
Pada 21 Mac, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Kemudian, Puteri Sarah pula hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah pada 22 Mac.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak tahun 2020, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.
Sumber: Instagram