
Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid bersyukur apabila diberi peluang kembali berlakon oleh penerbit filem, Richard Ung untuk muncul di layar perak menerusi filem Felai FX terbitan Sheunik Sdn Bhd.
Artikel Berkaitan: Anak Kongsi Keadaan Terkini Dharma Harun – ‘Ayah Semakin Kurus’
Artikel Berkaitan: Dharma Harun Selesai Lunas Hutang Sewa Rumah Tertunggak, Tak Bercadang Pindah Tempat Tinggal
Muncul di layar perak
Lebih mengharukan, Dharma, 69, berkata anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq, 36, turut diberi peluang membintangi filem aksi yang akan menjengah pawagam tidak lama lagi.
Kata Dharma, dia enggan bergantung hidup dengan sumbangan orang ramai.
Kawan saya yang juga penerbit Richard ini memang ‘gila’ sikit. Bila nampak saya terus ajak berlakon, kemudian dengan anak saya pun dia ajak sekali. Sudah lama saya tak berlakon, dulu mereka panggil ketika saya sihat, elok.
Bukan macam sekarang ini, saya sudah tak berapa sihat. Bila tengah sihat okay sahaja. Sekarang saya tengah sakit memang tak boleh berlakon. Tapi masa saya berlakon untuk filem ini saya masih okay, boleh buat ‘stunt’ dan jayakan babak bergaduh.
Tawaran untuk filem ini saya dapat pada 2023 dan penggambaran pun pada tahun itu juga ketika masih sihat. Cuma, baru-baru ini saya menghadapi masalah tekanan, lama-lama saya kurang makan macam-macam lagi penyakit datang.
Dharma berkata demikian ketika tayangan filem Felai FX di Panggung 1, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pada Khamis.
Kembali aktif
Tambah Dharma, dia ingin kembali aktif mewarnai industri lakonan bagi mencari pendapatan untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarga.
Bercerita mengenai filem, Dharma membawa watak antagonis sebagai ketua kumpulan kongsi gelap yang terbabit dalam sindiket pelaburan mata wang asing
Dalam filem ini saya jadi ketua ‘samseng’ atau ‘mafia’ dan banyak jalankan urusan ‘forex’. Kemudian ada juga babak aksi seperti tembak-menembak.
Kiranya saya jayakan watak antagonis dalam filem ini. Sebenarnya saya tak minat watak jahat, tapi sebab sudah terlalu lama tak berlakon, jadi saya ambil tawaran sebab memang ini minat saya dan ini juga diajak oleh kawan lama saya, Richard.
Pelakon filem Sikit Punya Gila ini juga mengakui dapat terubat kerinduan berlakon dalam pembabitan filem berkenaan.
Sementara itu, Richard berkata, tayangan khas yang dianjurkan menerusi syarikatnya, AMP Moves Sdn Bhd dengan kerjasama Sheunik Sdn Bhd serta Teguh Setanding lebih kepada untuk membantu mengumpul sumbangan buat Dharma yang mengalami kesempitan wang ketika ini.
Secara kebetulan, Dharma dan anaknya, Syafiq turut berlakon dalam filem Felai Fx yang menjalani penggambaran tahun lalu. Dharma pegang watak ketua gangster dalam filem yang memaparkan kisah ‘scammer’ dan perjudian dalam talian ini.
Dharma juga masih sihat dan tegap ketika itu dan tidak kurus seperti sekarang.
Dalam pada itu, Richard mendedahkan, Dharma juga memerlukan kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 untuk membayar tunggakan sewa rumah dan
kos sara hidup bersama dua anaknya ketika ini.
Saya tidak dapat berkongsi jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada Dharma pada majlis tayangan khas ini.
Apa yang boleh saya beritahu, sumbangan itu cukup untuk dan Dharma keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tunggakan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).