Pelakon Julia Farhana berkongsi detik pengenalan dan saat bahagia selepas berumah tangga bersama pasangan pilihan, Dr Che Muhammad Hafiz.
Artikel Berkaitan: Julia Farhana & Dr Che Hafiz Dah Nikah Pada 14 Disember
Artikel Berkaitan: Hasrat Julia Farhana Nak Arwah Bapa Jadi Wali Tak Kesampaian, Yakin Dr Che Hafiz Adalah Jodoh Terbaik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Fitnah Yang Sangat Besar, Keluarkan Bukti Kalau Saya Bersekedudukan’ – Julia Farhana
Manisnya berumah tangga
Menerusi temu bual Gempak, Julia yang kini bergelar seorang isteri akui kehidupan selepas berkahwin sangat seronok kerana mempunyai teman ‘halal’ untuk berkongsi cerita.
Alhamdulillah seronok kahwin. Bangun tidur, balik kerja dia sentiasa ada untuk teman borak dan bercerita. Suami saya seorang yang caring dan loving.
Tambah aktres berumur 29 tahun ini, segala perkara yang dilakukan tidak lagi berseorangan. Wanita kacukan Melau-Itali ini juga akui perlu berbincang dengan suami sebelum membuat keputusan terutama dalam tawaran berlakon.
Detik pengenalan
Dalam pada itu, pemilik nama Julia Farhana Marin berkongsi detik pengenalan yang membuatkan dirinya jatuh cinta pada Che Hafiz.
Dia (suami) banyak membimbing saya dekat pada Islam. Saya terkejut, sebab kami dating dulu dia ajak pergi masjid untuk solat berjemaah. Ketika itu baru tiga bulan berkenalan.
Selain itu, Julia turut berterus terang sebelum kahwin kepada suaminya bahawa dia belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya serta menjadi isteri yang sempurna memandangkan cara dirinya dibesarkan berbeza dengan keluarga suami.
Namun, hal itu tidak menjadi halangan kepada pasangan tersebut kerana Che Hafiz memahami dan akan tetap membimbing setiap hari menuju ke jalan Allah SWT.
Sekadar info, Julia Farhana sah menjadi isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022 di sebuah hotel di ibu kota.
Sumber: Gempak