Seperti diketahui ramai, pelakon Julia Farhana akan mendirikan rumah tangga dengan bekas suami Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sudah Dua Tahun Kenal Hati Budi, Julia Farhana Hitung Hari Bahagia Dengan Dr Che Hafiz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Fitnah Yang Sangat Besar, Keluarkan Bukti Kalau Saya Bersekedudukan’ – Julia Farhana
Duduk dengan mak
Menghampiri hari bahagia, Julia mendedahkan dia terkejut apabila dapat tahu bapanya, Marin, sudah meninggal dunia.
Ketika dihubungi OhBulan!, aktres berumur 28 tahun berkata dia dimaklumkan berita sedih itu ketika hadir ke Kedutaan Itali untuk mencari bapa kandungnya untuk dijadikan wali pernikahan.
Pada hari ulang tahun kelahiran, saya pergi Kedutaan Itali untuk mencari ayah untuk menjadi wali. Saya dimaklumkan dia sudah meninggal dunia di Malaysia.
Saya diberitahu sebelum ini ayah cuba untuk mencari saya dan keluarga tetapi tak jumpa. Sebab dia tak ada maklumat lengkap dan dokumen.
Masa dapat berita tu.. I was just shocked to the core. I could have had a relationship with my father but because I assumed he was overseas, which was the case for many years.
Saya terlepas peluang untuk kenal dia masa dewasa. Dia menetap di Australia tetapi beberapa tahun terakhir dalam hidupnya, dia ada kat Malaysia. Selama ini, saya anggap dia masih di Australia.
Jodoh terbaik
Dalam pada itu, pelakon drama Mama Papa Ekspres memberitahu Hafiz menepati kriteria untuk memikul tanggungjawab sebagai suaminya.
Hari bahagia makin dekat, sejujurnya saya gementar. Saya yakin dia adalah jodoh yang terbaik buat saya. Saya yakin dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
Selama ini, dia dan keluarga layan saya dengan baik, dengan penuh hormat dan kebaikan. Mereka terima saya seadanya, dengan seikhlas hati and I did the same.
Sebelum ini, Julia mendedahkan dia dan Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat namun tidak dikongsikan tarikh hari bahagia.
Untuk rekod, Hafiz dan Lufya pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun, Hafiz dan Lufya bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Sumber: Instagram @juliafarhanamarin