berita

‘Dia Belum Bertudung, Badan Agak Berisi’- 10 Tahun Tak Berhubung, Noor Kumalasari Tergamam Dengar Suara Anita Sarawak

May 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Hampir 10 tahun tidak berhubung, akhirnya bintang veteran terkenal, Noor Kumalasari dapat mendengar suara kakaknya, Anita Sarawak yang merupakan penyanyi terkenal Malaysia sekitar tahun 1970-an dan 1980-an itu.

‘Memang saya sangat merindui Kak Nita’

Bercerita mengenai kegembiraannya, Noor Kumalasari atau lebih mesra dengan panggilan Noor memberitahu dia sangat bersyukur kerana doanya termakbul dan akhirnya dapat berbual bersama kakaknya itu pada 1 Syawal lalu.

Sayalah insan paling gembira menyambut Syawal, tahun ini. Manakan tidak, panggilan yang dinantikan bertahun-tahun tentulah daripada Kak Nita.

Kami akrab dan membesar bersama sejak kecil, jadi ikatan kekeluargaan tetap utuh biarpun arwah ibu bapa sudah tiada lagi. Memang saya sangat merindui Kak Nita.

Ujar Noor lagi, pelbagai cerita dan gelak tawa yang dikongsikan mereka sepanjang 30 minit berbual. Tambahnya lagi, ketika Anita, 71, menelefon, dia sedang menunaikan solat Asar di rumah kakaknya, Noraini.

Saya amat terkejut apabila Noraini memberitahu Kak Nita menanti di talian. Dalam keadaan tergamam, saya dengar suara Kak Nita di hujung talian. Suara Kak Nita sedikit berbeza, tetapi itulah suara yang amat saya rindui.

‘Belum bertudung, penampilan tetap sama’

Noor memberitahu bahawa kakak dan abang iparnya, Mahathir Abdullah (suami Anita) gembira menjalani hidup sebagai orang biasa di Las Vegas. Malah, kehidupannya kini semakin selesa dan tenang tanpa terikat dengan tuntutan kerja.

Namun, Kak Nita berkongsi, dia belum bertudung dan penampilan tetap sama, cuma badannya agak berisi

Terdahulu, kehilangan Anita Sarawak telah menimpulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen dan para peminat. Malah, tiada siapa pun yang mengetahui kehidupan sebenar Anita selepas meninggalkan industri seni tanah air sejak dari tahun 2010.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×