Sejak awal bulan April lalu, pelakon utama drama Mr. Grey dikatakan jatuh sakit secara tiba-tiba. Walaupun sudah dihantar ke hospital untuk rawatan tetapi dilaporkan bahawa pelakon bernama Fendy Bakry terpaksa pulang ke kampung untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi penyakit sama yang dialami.
Tetapi sehingga kini masih menjadi tanda tanya apakah sebenarnya penyakit dialami Fendy?
Apakah penyakit yang Mr Grey alami?
Menerusi laporan Sinar Harian, mereka telah bertemu dengan rakan baik kepada Fendy dan bila ditanya apakah penyakit dan bagaimana keadaan pelakon itu, ini jawapannya.
Fendy sakit buah pinggang. Dia sendiri yang beritahu kepada saya dan dia bukan alami sakit misteri.
Saya tak ada melawat tapi ada hubungi menerusi direct message di Instagram, katanya mengharapkan doa yang baik-baik.
Tetapi rakannya itu tidak tahu di mana Fendy berasa sekarang dan difahamkan, pelakon itu dilaporkan kesihatannya bertambah baik.
Sumber: Astro Awani