Foto: Tunku Mahkota Johor
Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagram sempat membuat sesi soal jawab bersama rakyat jelata.
Artikel Berkaitan: ‘Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila’ – TMJ
Menerusi sesi tersebut, pelbagai soalan yang diajukan dan antara yang menarik minat adalah mengenai pandangan baginda terhadap ‘prestasi’ Yang Berhormat (YB) Muar, Syed Saddiq yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan.
Jawapan TMJ
Foto: Tunku Mahkota Johor
Ketika diajukan soalan adakah Baginda suka akan YB Muar, TMJ secara ringkas menjawab tidak. Pada masa yang sama, Baginda turut menjelaskan sebab mengapa berbuat demikian.
Bagaimana dia menjanjikan, dengan cara apa? Apa yang dia buat sebelum ini? Negara kita perlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi.
Ujarnya lagi, negara memerlukan ahli politik yang komited dalam menjalankan amanah yang diberikan dengan sepenuh hati bukannya terkenal melalui pujian ramai menerusi media sosial.
Jujur, jadi diri anda, dan dedikasi. Tunaikan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Jangan jadi populist (terma yang digunakan buat ahli politik) hanya untuk terkenal dan meraih pujian di media sosial.
Tidak berakhir di situ, menerusi satu soalan yang lain terdapat seorang pengikut yang menjelaskan YB Muar banyak berkhidmat untuk rakyatnya di Muar, dan turut mempersoalkan mengapa TMJ menggelarnya sebagai ‘populist’.
Rakyat dia? Dia dari Johor? Adakah dia dari Muar? Awak dari Johor? Dari Muar? Awak terima tak laporan mingguan daripada Pegawai Daerah? Awak terima tak laporan daripada Ketua Kampung dan Penghulu? Dapat kerja di lapangan dan berpura-pura melakukan kerja di media sosial adalah dua perkara yang berbeza.
Instastory penuh
Sumber: Tunku Mahkhota Johor