Pelakon dan usahawan, Syida Melvin meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya dizalimi oleh seorang individu berinisial SS yang dipercayai merujuk kepada suaminya.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Memilih Untuk Terus Bertahan Dalam Penderitaan’ – Syida Melvin Titip Nasihat Buat Para Wanita

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Pernah Anggap Kamu Jahat’ – Syida Melvin Kongsi Petikan Pasal Aib, Netizen Setuju Jangan Burukkan Pasangan

Syida Melvin dakwa diri dizalimi

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Syida atau nama lengkapnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin mendakwa dia dizalimi dalam perniagaan malah diperlakukan seperti ‘pengemis’ dalam syarikat yang dibina menggunakan wang modalnya sendiri.

Tak sangka betul eh aku Kena jadi pengemis dalam company yang ada nama aku yang aku letak duit modal untuk siapkan bisnes. 

Leburkan harta-harta hanya untuk nak ada modal buat bisnes sampai siap dan beroperasi sampai sekarang. Tak ambil gaji banyak bulan, kalau ada pun sangat sikit amount, tapi macam ni eh aku dapat.

Dakwa Syida, dia sanggup mengorbankan harta peribadi demi memastikan perniagaan mereka dapat beroperasi dengan baik, malah tidak mengambil gaji selama beberapa bulan demi kestabilan syarikat. 

Namun, segala pengorbanan itu didakwa berakhir dengan pengkhianatan.

Syida dan anak-anak tumpang rumah keluarga?

Dalam pendedahan sama, Syida turut mendakwa individu terbabit enggan melunaskan tunggakan hutang syarikat yang didaftarkan atas namanya.

Suruh bayar hutang company yang guna bawah nama aku tertunggak berbulan-bulan, tak bayar. Minta bayar buat online transaction baik-baik, tak buat.

Credit card tu ada la selit-selit belanja utk anak-anak, belanja untuk rumah, majority installment untuk barang company. Masih tak nak bayar ya.

Bila aku withdraw dekat bank, di callnya bank suruh sekat dan tarik balik duit tu yang dah masuk account aku untuk bayar credit card hutang company.

Malah lelaki itu didakwa menetap di rumah kelamin miliknya tanpa membuat sebarang bayaran sedangkan Syida bersama anak-anak terpaksa menumpang di rumah keluarga.

Duduk rumah kelamin (aku & anak tak stay situ). Rumah nama aku, 2 bulan dia duduk tak bayar.

Bank chase aku hari-hari. Dia duduk rumah besar sorang, aku dan anak-anak stay merata rumah family sebab dalam proses bercerai, aku hanya bayar duit rumah itu sampai bulan yang aku dan anak-anak sahaja duduk.

Malah, individu berkenaan juga didakwa membuat laporan polis palsu kononnya buku cek syarikat hilang, dipercayai bagi menghalang Syida mengeluarkan wang untuk menyelesaikan hutang syarikat.

Terdahulu, peguam yang mewakili Syida mengesahkan aktres itu telah memfailkan cerai terhadap suami, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember lalu.

Meskipun sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan berikutan ada usaha pendamaian di antara mereka, namun peguam memaklumkan bahawa Syida nekad untuk meneruskan perceraian.

Sekadar rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Sumber: Instagram Syida Melvin