Perkongsian pelakon Syida Melvin di media sosial sekali lagi menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Kurniakan Cinta Yang Memberi Rasa Ketenangan, Bukan Kegelisahan’ – Syida Melvin

Artikel Berkaitan: ‘Carilah Duit Sendiri, Suatu Hari Kamu Mungkin Perlu Kekuatan..’ – Syida Melvin ‘Repost’ Pesanan Untuk Anak Perempuan

Dialog aib

View on Threads

Menerusi muat naik, Syida atau nama lengkapnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, berkongsi satu petikan yang ditemuinya.

Petikan tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa dia dan pasangannya tidak akan membuka aib masing-masing meskipun sudah tidak lagi sehaluan.

Sedap dialog ni terjumpa di reels, “Kita sudah selesai aib mu aku jaga dan sebaliknya kamu jaga aibku.

Jangan menghina satu sama lain di belakang. Ingat ya, kita pernah sebahagia itu sebelum akhirnya kita berpisah.

Semoga aku bahagia di jalanku dan kamu bahagia dijalanmu. Sesakit apapun perpisahan kelmarin, aku tidak pernah menganggap kamu jahat. Memang masanya sudah habis.”

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan petikan yang dikongsikan oleh Syida.

Segelintir warganet berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak membuka aib pasangan secara umum demi kebaikan bersama.

Terdahulu, peguam yang mewakili Syida mengesahkan aktres itu telah memfailkan cerai terhadap suami, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember lalu.

Meskipun sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan berikutan ada usaha pendamaian di antara mereka, namun peguam memaklumkan bahawa Syida nekad untuk meneruskan perceraian.

Sekadar rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Sumber: Threads