
Selepas dituduh sengaja menyembunyikan anak-anak, pempengaruh Shermine Ah Moi tampil memberi penjelasan dan menyangkal dakwaan bekas suaminya, View Chin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jumpa Anak, Itu Pun Susah Ke? – View Chin Dakwa Kad Akses Rumah Disekat, Bekas Isteri ‘Sorok’ Anak?
‘Saya tidak akan berkompromi’

Menerusi hantaran di Instagram, Shermine menafikan dakwaan bahawa dia melarang bekas suami daripada berjumpa anak-anak.
Selama ini, kami sentiasa berbincang, malah saya memberikan kepercayaan penuh. Krisis ini berpunca daripada kegagalan komunikasi.
Pendirian saya tegas: Wajib menghormati pendapat saya dan pada masa yang sama, menghormati keinginan anak-anak.
Tindakan membawa anak-anak menyertai kehidupan yang tidak menentu bersama pihak ketiga yang mana status hubungannya masih belum disahkan melalui sebarang prosedur undang-undang tanpa sebarang perbincangan, adalah sesuatu yang membimbangkan.
Saya tidak akan berkompromi terhadap kepentingan peribadi yang mengabaikan perasaan dan keselamatan anak-anak.
Selain itu, Shermine tampil menjelaskan bahawa aktiviti berkhemah bersama anak-anak adalah perancangan sedia ada dan bukannya sengaja dibuat untuk menghalang pertemuan dengan bekas suami.
Tegasnya lagi, View Chin didakwa melanggar perintah mahkamah kerana tidak memberi notis seminggu awal sebelum urusan pengambilan anak
Pihak sebelah tidak pernah mengesahkan tarikh lawatan dan gagal memenuhi tanggungjawab untuk notis awal. Sebaliknya, telah menceroboh kediaman peribadi saya secara haram dan membawa lari anak-anak tanpa mematuhi prosedur.
Ini adalah pelanggaran undang-undang yang serius dan tindakan undang-undang rasmi telah pun diambil.
‘Saya akan mengambil segala langkah undang-undang’

Dalam pada itu, Shermine berharap bekas suaminya itu tidak menggunakan sentimen agama dan memanipulasikan isu peribadi untuk mengeruhkan lagi keadaan.
Perkara ini telah menyebabkan saya dan keluarga mengalami tekanan mental yang hebat. Saya mohon masyarakat agar tetap rasional dan tidak terpengaruh dengan neratif sebelah pihak.
Saya akan mengambil segala langkah undang-undang tanpa mengira kos demi menuntut ketenangan bagi diri saya dan keluarga.
Sebelum ini, pempengaruh View Chin tampil menerusi beberapa video mendakwa bekas isterinya, Shermine Ah Moi membawa lari anak-anak dan sengaja melarang mereka daripada bertemunya.
Malah View Chin turut mendakwa Shermine telah menyekat kad akses kediamannya.
Sumber: Instagram Shermine Ah Moi






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
