berita

‘Dia Gemuk Ada Benda Lah!’ – Reaksi Terkejut Maryam Bila Fauziah Nawi ‘Pecah Rahsia’ Berbadan Dua

April 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Reaksi personaliti media sosial, Maryam You Narae selepas pelakon veteran, Fauziah Nawi menegur mengenai bentuk tubuhnya seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program, berjaya menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Dia gemuk lain

Menerusi sebuah program, Fauziah Nawi kelihatan secara bersahaja mendedahkan bahawa Maryam sedang hamil. Fauziah yang menjadi tetamu jemputan Datuk AC Mizal telah diajukan soalan mengenai tips untuk menurunkan berat badan. Pada masa yang sama, Datuk AC menyakat dan menegur bentuk badan Maryam yang kelihatan berisi.

Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah! Badan perempuan mengandung bukan gemuk tetapi dia mengembang pada bahagian tertentu.

Terkejut mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh Fauziah Nawi, Maryam kelihatan ternganga dan terkedu. Menerusi laporan Astro Gempak, Datuk Ac turut bertanya kepada Maryam bagaimana Fauziah Nawi boleh mengetahui mengenai berita tersebut, malah sempat meneka bahawa Maryam sedang hamil anak perempuan.

Saya teka sahaja

Saya teka sahaja, mungkin saya salah.

Meskipun Maryam tidak mengiyakan mengenai hal tersebut, dia berjanji akan memberitahu kepada umum mengenai jantina anaknya selepas dua bulan.

Macam mana ibu tahu baby girl? Nanti dua bulan lagi saya bagitahu.

Sehingga kini, netizen dipercayai masih menunggu pengumuman rasmi daripada Maryam. Malah, mereka turut mengucapkan tahniah kepada Maryam dan suami sekiranya telahan Fauziah Nawi itu benar.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×