Semalam viral di laman sosial apabila Tiz Zaqyah mempersoalkan peranan Seniman. Tiz Zaqyah meluahkan rasa kecewa apabila sering dikecam netizen namun tidak dipertahankan oleh Persatuan Seniman.
Artikel Berkaitan : ‘Retis Memang Bimbo, English Pun Kelaut’ -Tiz Zaqyah Luah Kecewa Dunia Lakonan, Persoal Fungsi Seniman
Terbaru, menerusi laporan Mstar, Zed Zaidi membalas kembali kenyataan yang dibuat Tiz Zaqyah. Dia turut mempersoalkan Tiz Zaqyah yang tidak hadir ke mesyuarat persatuan.
Mesyuarat tak pernah nampak batang hidung
Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan.
Jangan samakan kita dengan industri luar, mereka sudah lama, persatuan kita dalam proses pembelajaran dan sebab itu kita mahu semua orang beri sokongan dan idea.
Zed Zaidi meminta Tiz Zaqyah untuk hadir pada mesyuarat agung Seniman akan datang. Dia turut meminta Tiz Zaqyah tidak samakan industri luar dengan tempatan kerana mereka masih dalam pembelajaran.
Kad ahli penting untuk kawal industri
Kad ahli itu adalah penting sebagai lesen supaya kawal industri daripada banjiran pelakon luar. Seperti negara jiran Indonesia, mereka ada syarat yang sangat ketat untuk membenarkan pelakon luar masuk industri mereka.
Mereka buat begitu untuk mengutamakan pelakon-pelakon tempatan mereka. Kita perlu ada badan yang kawal dan beri lesen iaitu kad ahli kepada pelakon yang ingin aktif dalam industri.
Zed Zaidi turut menjawab soalan yang diajukan oleh Tiz Zaqyah mengenai kad ahli persatuan itu. Dia menyuruh Tiz Zaqyah agar membaca apa yang tertulis dalam kad ahli tersebut. Zed turut mengatakan bahawa pihaknya sudah membela beberapa kebajikan khusus untuk pelakon dan mendapatkan skim insuran sepanjang hayat.
Dia hanya tahu cari kesalahan
Itu perkara utama saya perjuangkan iaitu sediakan peluang untuk artis sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia. Apabila ramai artis yang sambung belajar, ia secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat bahawa artis Malaysia bodoh.
Dia tidak tahu dan ambil tahu tentang perkara-perkara itu, dia hanya tahu cari kesalahan sahaja. Berkaitan masa bekerja itu kami sedang memperjuangkannya dan ia bukan sesuatu yang mudah seperti bercakap di laman sosial.
Sementara itu, menjawab persepsi negatif masyarakat terhadap artis ‘bimbo’, Zed berkata, ia juga salah satu perkara yang diusahakannya sejak memegang tampuk Seniman.
Sumber : Mstar