berita

‘Dia Kata Macam Sakit Dada, Mahu Muntah & Pitam…Tak Lama Selepas Itu Dia Tumbang’

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, anak sulung pelakon Rosnah Mat Aris iaitu Romi Sofha Rostam dilaporkan meninggal dunia. Berita tersebut dikongsikan oleh rakan selebriti Didie Alias menerusi akaun Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Bad Indigo Meninggal Dunia

Rebah secara tiba-tiba

Menurut Didie Alias, Allahyarham meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika berhenti di pinggir jalan semasa sedang berkonvoi bersama rakan-rakan. Difahamkan, arwah menunggang motosikal menuju ke ibu negara dari Cameron Highlands.

Apa yang saya dimaklumkan dia (Romi) pergi ride bersama kawan-kawan dan ketika berpatah balik dari Cameron Highlands dia memberhentikan motosikal di tepi jalan ketika sampai di Sungai Koyan.

Dia kata macam sakit dada dan rakan-rakannya bantu menyapu minyak pada bahagian dadanya sebelum arwah mengadu mahu muntah, rasa pitam. Tak lama selepas itu dia tumbang.

Tambah Didie, rakan-rakan arwah sempat menghantarnya ke sebuah klinik berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis sebelum disahkan meninggal dunia.

Sekarang jenazah sedang dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya sama ada disebabkan serangan jantung atau perkara lain.

Bercerita mengenai keadaan Rosnah, Didie berkata sahabat baiknya itu kelihatan tenang dan reda dengan pemergian anak kesayangannya itu.

Kak Ros tenang tapi dalam hati siapa yang tahu. Sama- sama kite sedekahkan Al fatihah buat Allahyarham Romi Sofha Binti Rosnah Mohd Aris. Semoga arwah ditempatkan bersama orang- orang yang soleh. Salam takziah buat kak ros sekeluarga. Semoga kakak kuat, sayang kakak.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak hari ini.

Sumber: Didie Alias & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×