berita

Bad Indigo Meninggal Dunia

October 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

bad meninggal

Industri seni kehilangan seorang lagi penyanyi yang cukup berbakat iaitu Bad Indigo yang dilaporkan meninggal dunia, pada malam Khamis.

Artikel Berkaitan: Penting Diri Sendiri Punca Bad Indigo Bercerai Dengan Ashira

Artikel Berkaitan: ‘Kami Berpisah Bukan Sebab Ashira Tak Tahan Jaga Saya’ – Bad Indigo

Meninggal di tempat kerja

Berita duka itu disahkan oleh penyanyi Liza Hanim di Instagram Story.

Innalillahiwainnailaihirrojiun. Baru dapat berita Bad Indigo telah kembali ke rahmatullah. Will update more. Al fatihah.

Memetik laporan Mstar, Bad meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang, Selangor, kira-kira pukul 7 malam.

Sementara itu, anggota kumpulan Indigo, Shah atau Mohamed Shahrin Shamsudin berkata dia baru menerima perkhabaran sedih itu kira-kira 15 minit yang lalu.

Saya baru dapat berita 15 minit lepas Bad indigo telah pulang ke rahmatullah, sebentar tadi .

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah pada arwah dan berdoa agar ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Sumber: Mstar & Instagram

SKIP THIS AD ×