berita

‘Dia Memang Betul Datang Ke Pintu Dan Tarik Pemegang Pintu’ – Anak Hampir Diculik, Wanita Kongsi Detik Cemas

December 12th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini sering kali kita dengar tentang kes penculikan terutamanya melibatkan anak kecil. Anak-anak kecil sangat terdedah dengan risiko penculikan jika tidak dipantau sebaiknya oleh ibu bapa mahupun penjaga. Ini disebabkan oleh si penculik kini berada dimana-mana sahaja dan hanya menunggu peluang terhidang untuk menculik anak kecil.

Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shazzy Wanie, dimana dia berkongsi detik cemas apabila anaknya hampir diculik ketika berada di dalam kereta. Kisah ini patut dijadikan teladan kepada ibu bapa di luar sana untuk sentiasa peka dan berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling.

Kereta hitam berhenti belakang kereta

Petang tadi kat Bandar Puchong Jaya dalam jam tiga lebih dekat kawasan kedai2, suami masuk parking n turun sekejap untuk ke kedai printing. Nak print few documents yang baru teringat kena passkan pada client untuk next appointment petang tu.

Aku stay dalam kereta dengan anak2. Melissa macam biasa lah, pantang berhenti kereta, dia cepat2 amik peluang g pindah seat driver n main2 berangan bawak kereta. Aku n baby pulak kat seat belakang. Tengah suap baby tu, perasan ada kereta hitam berhenti belakang kereta. Then seorang lelaki melayu *sekilas pndg mcm melayu* dengan cap n shades keluar drpd pintu sebelah pemandu.

Aku menggigil tangan ni

Waktu lelaki tu keluar daripada kereta tu sebenarnya hati ni entah kenapa mmg dah rasa ade yg xkena. Ssh nak explain, tapi feel mcm kene berjaga2 tu tetibe je terase. So aku yg tengah suap baby makan ni memang terus perhatikan pintu kereta n perasan pintu dah kunci. Dah tu aku sambung perhatikan dye balik. N guess what, dye memang betul datang ke pintu yg aku mengadap suapkan Mikhael tu (pintu belakang driver, aku duduk tengah) n terus tarik pemegang tuk bukak pintu. Aku freak out gila, mase tu terus pandang Melissa yg duduk kat seat driver. Waktu tu rasa nak tercabut jantung bila baru perasan pintu tu xlock sebenarnya.?Spontan aku jerit “Kakaakkk!!!” sambil menonggeng daripada seat belakang ke seat depan untuk tekan lock tu.

Waktu aku jerit, lelaki tu maybe terperanjat jgk kot n chow terus daripada pintu kereta. Baby pun nangis. Aku yg dah gigil2 tgn ni cpt2 angkat baby, toleh belakang, kereta yg benti tadi pun dah gerak. Sumpah terkejut sangat2. Cerita aku mungkin macam panjang, padahal bendanya jadi dalam beberapa saat je. Betul cakap orang, kalau nak jadi benda, sekelip mata pun boleh jadi macam2.

Apa niat dia sebenarnya?

 

Sampai skrg terfikir. Apa niat dia sebenarnya? Kenapa nak bukak pintu belakang? Kenapa bukan bukak pintu driver? Kalaulah terbukak tadi, dia nak bawak lari Mikhael mommy ke? Apa nak buat kalau itu yg jadi? Haish.. Macam2 lah. Terbayang cerita2 yg aku baca sebelum ni. Tinggalkan anak kejap untuk ambil barang pun anak org bawak lari. Nauzubillahi minzalik. ?

Sebab tu aku sharekan pengalaman ni supaya ibu bapa kat luar sana xterleka macam aku. Walaupun tinggal sekejap je, walaupun ada org dewase teman sama dalam kereta, JANGAN SESEKALI LUPA KUNCI SEMUA PINTU KERETA!

Ingat yg kalau benda nak jadi, sekelip mata pun boleh jadi. Alhamdulillah. Allah lindungi aku dan anak2 n diberi peluang belajar sesuatu yg sangat berharga harini. Mommy xcuai lagi lepas ni

Sumber: Shazzy Wanie

SKIP THIS AD ×