berita

‘333 Hari Kau Kembalikan Lah Anakku, Zahir’ – Luahan Hati Bapa Ini Buat Anak Undang Sebak

March 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dijaga dan dibelai sejak kecil hilang sekelip mata tanpa khabar berita.

Begitulah nasib yang menimpa Mohd Fauzi sekeluarga apabila anak lelakinya, Zahir hilang sejak 11 bulan yang lalu. Lebih meruntun hati apabila mereka langsung tidak tahu dimana keberadaan anaknya itu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan,

Kembalikan Zahir

11 Bulan , 333 hari. Ya allah, kau kembalikan lah anakku zahir, aku sudah tidak tertahan menanggung rindu dengan gelak tawanya.
Ya allah, aku memohan anakku zahir sihat dan sentiasa mengingati kami sekeluarga. Ya allah, lindungi lah kami daripada segala fitnah.
Fitnah menuduh aku, menyorokkan Zahir. Menuduh ibu Zahir, menyorokkan Zahir. Tujuan untuk memecah belahkan kami.
Ya allah, Kau berilah pertunjuk kepada mereka-mereka ini diatas kebenaran-Mu.
Dengan keadaan aku yang engkau lebih mengatahui Ya Allah.
Kau pulih kan lah sakit ku ini, supaya aku boleh mencari Zahir lebih jauh.
Kuatkan lah kesabaran ku, Ya Allah. Teguhkan iman ku.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Mohd Fauzi di laman Facebook miliknya yang juga merupakan bapa kepada Zahir meluahkan rasa sedih terhadap kehilangan anak kesayangannya itu. Dalam luahan tersebut, Mohd Fauzi menitipkan doa dan mengharapkan agar anaknya, Zahir akan ditemui dengan segera dan dapat kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi sempat meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah individu yang hanya menuding jari menyalahkan mereka sekeluarga. Apa yang lebih menyedihkan apabila dia dan isterinya dituduh telah menyembunyikan Zahir. Sementara itu, Mohd Fauzi juga berharap agar segala penyakit yang ditanggungnya akan segera sembuh memandangkan dia memerlukan kudrat yang kuat untuk mencari anaknya itu.

Netizen sebak

Luahan bapa ini telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa sedih terhadap kehilangan anak kecil ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang menitipkan doa dan mengharapkan agar Zahir akan dipertemukan serta disatukan kembali bersama keluarganya.

Suber: Mohd Fauzi

SKIP THIS AD ×