berita

‘Dia Menangis Setiap Kali Lihat Lelaki Itu’ – Ibu Bayi Maut Didera

November 11th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Tular berita tidak berperikemanusian ini apabila seorang bayi berusia sembilan bulan meninggal dunia dipercayai didera oleh suami kepada pengasuhnya. Hati ibu mana tidak remuk dan sedih apabila terpaksa terima hakikat pemergian anak tersayang.

Artikel berkaitan: Bayi 9 Bulan Maut Didera Suami Pengasuh, Temui Kesan Koyakan Pada Dubur & Selaput Dara

Ibu mangsa Noraihan Ab Aziz menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi anaknya, Zara sejak dua minggu lalu. Namun, dia terkejut apabila mengetahui selama ini suami kepada pengasuh yang menjaga anaknya.

Kenali pengasuh melalui Facebook

Menurut laporan BH Online, Noraihan tidak sangka selama ini anaknya itu dijaga oleh suami kepada pengasuh. Anaknya itu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh berkenaan.

Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri. Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi.

Saya mengenali pengasuh melalui Facebook selepas dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan dia berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Kesan lebam akibat digigit anak lelaki

Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya ada berjumpa dengan pengasuh itu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya.

Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu.

Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu.

Menangis apabila lihat suami pengasuh

Sebelum kejadian kira-kira jam 9 pagi Rabu lalu, saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.

Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang yang memaklumkan anak sedang tenat. Saya dimaklumkan dia dihantar ke hospital berkenaan oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal.

Mangsa 9 bulan itu dibawa ke Hospital Serdang dan dimaklumkan kepada Noraihan di mana anaknya itu tercekik buah. Namun, keadaan menjadi semakin tenat apabila doktor mengesan beberapa kesan lebam pada tubuh kanak-kanak itu. Sebelum ini, ibu mangsa pergi bertemu dengan suami pengasuh itu ketika membayar upah asuah. Tidak ada apa yang mencurigakan dari segi penampilan luaran.

Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu lain.

Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu. Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya tidak senang. Saya mahu individu yang melakukan perkara itu diberikan hukuman atas perbuatan dilakukan.

Sumber: Bh Online

SKIP THIS AD ×