berita

‘Leher Lebam & Muka Anak Berbirat’ – Ibu Dedah Sikap Sebenar Pengasuh Yang Didakwa ‘Kaki Dera’

November 20th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, isu penderaan kanak-kanak di pusat asuhan dilihat semakin berleluasa. Malah, ada juga dalam kalangan pengasuh yang tergamak mendera anak asuhan mereka ini sehingga melibatkan kematian. Insiden ini membuatkan ibu bapa menjadi trauma dan lebih berhati-hati dalam mencari pengasuh untuk anak mereka itu.

Di Facebook, seorang ibu Fatin Zulhaq ada memuat naik satu status mendakwa anaknya telah didera ketika berada di bawah jagaan pengasuh tersebut.

Dah 18 tahun mengasuh

Pertama, nak cerita pasal mula-mula nak dapatkan pengasuh sebelum masuk kerja. Fatin dapat pengasuh ini dari sebuah kelab di Facebook. Pada malam tu Fatin start text die, tanya semua lah pasal anak dan pengasuh tu. Pengasuh tu sendiri mengaku dia dah 18 tahun pengalaman mengasuh, ade sijil dan kalau boleh nak limit jaga anak tu 2 org sahaja kalau keluarga dia tak kisah katanya.

6 hari selepas cari pengasuh selain dia, saya dan mak pergi ke rumah dia untuk suai kenal dan turut bawa si Lufya. Habis berbincang dan kami tetapkan untuk hantar Lufya lepas 9/9/19. Sebab masih cuti dan nak hantar mak balik kampung. Pengasuh terima dan minta bayar awal bulan mungkin takut parents tak jujur. So saya siap bayar awal bulan tu, tapi baby tak hantar lagi tau.

Masa first hantar Lufya terkejut ramai sangat anak asuhan yang pengasuh ni jaga, lebih 8 orang waktu tu. Dia cakap ramai yang transit baby ada 3 org termasuk Lufya. Bulan pertama hantar memang tak susah hati lagi. Walaupun bulan pertama hantar hanya 8 hari, kami masih bayar full. Sebab kami sangat percaya pada pengasuh ni.

Anak asyik menangis

Bulan kedua, Fatin dan suami sudah rasa tak sedap bila hantar Lufya. Bila letak dalam carseat je menyebek nak menangis. Asal balik dari rumah pengasuh, mata bengkak macam baru lepas menangis yang lama. Jujur Fatin sebagai ibu, Fatin tahu anak Fatin macam mana dia, sangat mudah dijaga. Fatin kerja shift so kalau hantar pagi pukul 10am Fatin akan mandikan Lufya sesiap, dan kalau hantar pukul 2 petang sepatutnya kena ambil pukul 10 malam. Tapi selama hantar Lufya dengan pengasuh ni, 1 hari sahaja kami pernah tinggal Lufya sampai pukul 10pm, itu pun sebab Fatin shift petang dan suami ada operasi waktu tu. Tapi masih sama hantar 11 hari dan bayar full.

Pernah sehari tu Fatin tanya dia ni kenapa dekat leher Lufya macam ada lebam, kena semut ke? Tapi dia cakap itu tahi lalat tapi lepas 3 hari yang dia cakap ‘tahi lalat’ tu hilang. Lepas dari pada tanya ni, pergi ambil Lufya dan pengasuh tu nak naikkan harga upah. Lepas bincang dengan suami keesokannya, kami bersetuju untuk bayar seperti yang dia nak. Sambil tu Fatin try juga lagi cari pengasuh lain dalam group tu.

Masuk bulan ketiga pada 12/11/19, Fatin sepatutnya kerja petang tapi Fatin hantar anak awal sebab nak ke rumah anak-anak yatim di Ampang (activist di sana). Fatin sempat text pengasuh sebab nak hantar anak awal. Dan ada depan rumah dia ukul 10.30 pagi untuk hantar Lufya. Bagi salam 5 kali tapi tak dijawab, dengar budak-budak gelak main-mainan, call baru pengasuh tu sedar. Rupanya dia tidur. Lepas itu letakkan Lufya baik-baik dekat tilam dia, sebab mata dia dah lali nak tidur. Dalam perjalanan nak ke Ampang tu, dalam hati ini memang gundah gulana, siap bagi tahu suami suruh cari pengasuh lain.

Muka anak berbirat

Sekadar gambar hiasan

Petang pukul 6, suami pergi ambil Lufya dan tengok muka anak berbirat. Suami tanya pengasuh, dia cakap kena cakar dengan anak asuhan lain. Suami ambil beg Lufya terus keluar dari rumah pengasuh tu. Waktu tu Fatin kerja, suami sempat hantar gambar Lufya. Hati ibu mana tak runtun tengok muka anak sampai macam ni. Bila tanya, dia suruh kita pula pergi settle kan dengan mak budak asuhan (budak perempuan) yang cakar Lufya tu. Ya Allah, mana tanggungjawab awak sebagai babysitter. Mak budak tu call lah Fatin minta maaf semua, padahal bukan salah dia. Itu pun entah betul ke tidak anak dia pukul, sebab anak dia baru 1 tahun 6 bulan.

Keesokkan hari, Fatin dan suami pergi jumpe pengasuh dan niat kami memang nak tahu cerita sebenar.  Sebab waktu ibu budak (Sue) yang kononnya pengasuh tu  cakap dia cakar Lufya tu ada call dan bagi tahu Fatin, pengasuh cakap anaknya telah tampar Lufya. Nampak tak dah bercanggah, kami pergi dan kebetulan Sue ada dekat situ, kami bersembang secara professional.

Pada awalnya, pengasuh tu minta maaf sambil mengalirkan air mata dan Sue sekali lagi minta maaf. Untuk pengetahuan semua Sue follow up Fatin pasal kes Lufya ni pada malam kejadian tersebut dan pengasuh hanya buat keras je. Suami tanya pasal kkm, katanya dia ada. Pada awalnya dia cakap dengan Fatin, Lufya kena cakar, dengan Sue dia cakap anak Sue tampar. Dan berdepan dengan pengasuh sendiri dia cakap anak kene permainan leggo. Dan yang paling latest suami dia cakap anak asuhan lain jatuh dan tertampar Lufya.

Disyaki didera

Sekadar gambar hiasan

Kalau mereka benar, Fatin pasti jawapan akan jadi sama tapi kenapa mesti lain-lain. Penagsuh siap tanya apa feedback, masih nak hantar tak. Keputusan Fatin memang tidak dan kami datang untuk ambil tilam dan barang-barang Lufya. Dalam kami berbincang dan nak tahu cerita tu saya luahkan semua pada pengasuh yang pada awalnya dia dah tipu saya, dan dia cakap anak asuhan dia hanya anak Fatin dan anak Sue sahaja. Selebihnya dalam 8 orang mcm tu adalah anak asuhan ibu dia yang berumur 50-an.

Suami bagi tahu, semalam pergi HKL doktor tak cek lagi. Tapi dalam surat doktor tulis Lufya disyaki didera. Mereka ade juga tanya masih nak buat report ke, Fatin keluarkan surat report yang dibuat oleh suami semalam dan tunjuk pada mereka dan sekarang hanya tunggu pihak polis jalankan tugas . Waktu ni memang nampak muka resah pengasuh tu.

Sumber: Fatin Zulhaq

SKIP THIS AD ×