berita

‘Dia Merayu Suruh Balik, Saya Tidak Akan Terperangkap’ – Isteri TikTokers Viral

April 17th, 2023 | by Shahrin
Isu & Kontroversi

Sejak kelmarin, kecoh di laman sosial mengenai kisah seorang TikTokers bernama View Chin, yang didakwa berlaku curang. Bertambah buruk lagi apabila isteri kepada View Chin, Shermine Hau-Ah Moi mendedahkan suaminya itu berlaku curang dengan pekerjanya sendiri.

Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?

Artikel berkaitan: ‘I Bagi You Kerja, Bukan Bagi Suami I Tau’- TikTokers Curang Dengan Staf, Siap Check In Masa Isteri Berpantang?

Tidak akan kembali

Difahamkan juga, pasangan tersebut sudah pun berpisah sejak tahun lalu.

Susulan itu, menerusi hantaran di laman Facebook, Shermine menegaskan dirinya tidak akan kembali semula kepada suaminya itu.

Malah, dedahnya lagi, View Chin ada datang mencarinya dan merayu untuk berbaik.

Dia cari saya, merayu nak saya balik, tapi sorry lah. Saya tidak akan terperangkap lagi dengan awak.

Saya dah blok nombor dia dan bersembunyi.

Terdahulu, isteri kepada TikTokers, View Chib yang dikenali sebagai Shermine Hau-Ah Moi telah memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra suaminya di WhatsApp bersama seorang pekerja syarikatnya.

Berdasarkan perbualan tersebut, kedua-duanya dilihat mula berkongsi kasih sayang, meluahkan rasa cinta, mahu berpelukan di tangga, memakai baju sedondon dan sebagainya.

Malah, Shermine memberitahu pada September tahun lalu suaminya telah bercuti ke Bali, Indonesia sendirian yang kononnya mahu menenangkan diri tetapi rupa-rupanya dia ke sana bersama skandalnya.

Sumber: Facebook Shermine Hau-Ah Moi

SKIP THIS AD ×