Pada awal March, pelakon Puteri Sarah Liyana mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof pada tahun 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.
Terpinga-pinga dituduh
Terbaru, Syamsul menafikan dengan menegaskan dia tidak pernah memukul isterinya, Puteri Sarah seperti yang didakwa.
Kata Syamsul, 39, dia terpinga-pinga apabila mendengar fitnah yang dikeluarkan oleh Puteri Sarah di mahkamah baru-baru ini.
Dia telah fitnah saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini? Dia tahu saya tak pernah walau sekali memukul dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Mak saya jadi hulk ketika itu ke?
Itu ada kaitan dengan permohonan nusyuz kelmarin. Ada ahli keluarga menelefon saya juga mengakui perkara itu tak pernah berlaku. Saya ada anak perempuan, ada ibu dan isteri-isteri yang amat saya sayangi serta hormati. Saya tak mahu keruhkan keadaan tapi saya perlu jelaskan.
Syamsul berkata demikian ketika di sidang khas bersama media di Wangsa Maju, pada Rabu.
Berbincang dahulu
Dalam pada itu, Syamsul mendedahkan dia berulang kali menghubungi Puteri Sarah untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian namun ditolak. Katanya lagi, Puteri Sarah tetap berkeras ingin berpisah dengan alasan dia sudah mempunyai orang lain.
Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu. Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain.
Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri.
Pada Selasa, Syamsul memfailkan nusyuz terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, selepas empat tahun pergolakan rumah tangga.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.