berita

‘Dia Nak Beli Minyak Hitam Kot’ – Lelaki Kongsi Video Bengkel Motor Diganggu Makhluk Halus

March 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Sebagai manusia, kita tidak boleh menafikan kewujudan makhluk halus disekeliling kita kerana ‘mereka’ juga ciptaan Allah. Ada sesetengah orang diberi keistimewaan untuk merasai ‘kehadiran’ dan melihat makhluk halus ini dengan pandangan mata kasar. Kononnya kebolehan tersebut digelar sebagai mempunyai ‘third eye’ dan ‘sixth sense’.

Menerusi Facebook Orang Kota Tinggi, seorang individu berkongsi beberapa rakaman video aneh di salah sebuah bengkel motor di Pasir Raja Kulai, Johor. Video tersebut dipercayai dirakam pagi tadi. Seramnya!

Makhluk yang tidak nampak

Video berdurasi lebih kurang 3:00 minit itu, menunjukkan satu keadaan di mana makhluk halus tersebut sedang menjatuhkan barang yang berada di bengkel motor tersebut. Lebih menyeramkan, sebuah kerusi turut bergerak ke hadapan sebaik sahaja individu yang merakam kejadian itu menyeru makhluk halus tersebut untuk menjelma dan keluar daripada bengkel mereka.

Individu tersebut, turut duduk di hadapan kerusi yang telah bergerak ketika kejadian tersebut berlaku. Namun, tiada sebarang bunyi atau kelibat yang kedengaran selepas itu. Video yang dimuat naik di Facebook itu mendapat pelbagai reaksi dan komen lucu daripada netizen. Rata-ratanya kagum dengan keberanian individu tersebut.

Berani luar biasa

Sumber: Orang Kota Tinggi

The following two tabs change content below.